“…Tambahan pula, dapatan kajian ini yang telah melaporkan bahawa tidak terdapat perbezaan min penggunaan sumber-sumber sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang signifikan berdasarkan gender adalah sealiran dengan dapatan kajian Mohd Ali Samsudin, Ahmad Nurulazam Md Zain, Sayedh Mahbooheh Jamali dan Nader Ale Ibrahim (2017), dan kajian Mohd Zuri Ghani, Nik Rusila Nik Yaacob, Azman Che Ahmad, Rahimi Che Aman dan Zainuddin Mat Isa (2010) yang telah melaporkan bahawa gender tidak mempengaruhi pencapaian dalam pelaksanaan projek STEM dan personaliti kestabilan emosi dalam kalangan murid. Sungguhpun begitu, dapatan kajian ini didapati bertentangan dengan dapatan kajian-kajian lepas yang telah membuktikan bahawa gender mempengaruhi persepi, pencapaian, kebolehan dan menjadi faktor penyumbang kepada keberkesanan proses pembelajaran dalam kalangan murid (Hanita Mohd Yusoff & Norzaini Azman, 2020;Kilia & Saglam, 2010;Chang, Zamri Mohamad & Hamidah Yamat, 2013;Zamri Mahamod & Noor Syazwani Rani, 2013;Haslina Hassan, Ramlah Mailok & Mashitah Hashim, 2019;Tang, Zarinah & Rumaya, 2020;Glowka, 2014;Wehrwein, Lujan & Dicarlo, 2007;Thomas & Allen, 2006;Poh, & Mellissa, 2008;Jackman & Morrain-Webb, 2019;Abdul & Mariyam, 2017;Ayesha, Raneem, Nasser & Nada, 2013). Justeru, gender dibuktikan memberikan persepsi dan tanggapan yang berbeza-beza dan perlu diberikan perhatian dalam proses pembelajaran.…”