“…Kajian terdahulu menunjukkan pekerja yang berpegang pada nilainilai yang positif, mempunyai keupayaan psikologi dan inovatif merupakan sumber manusia yang amat bernilai dan dapat memberi kelebihan daya saing kepada organisasi (Lan, 2019;Walumba, Peterson, Avolio & Hartnell, 2010). Hasil kajian terkini dalam bidang kelakuan organisasi positif menunjukkan bahawa konstruk modal psikologi berupaya mengukur kekuatan psikologi pekerja yang kritikal untuk pembaikan prestasi kerja dan inovasi organisasi (Okolie & Emoghene, 2019;Lan, 2019;Luthans & Youssef-Morgan, 2017;Luthans, Avolio, Avey & Norman, 2007). Pekerja dengan modal psikologi yang tinggi didapati berupaya menangani cabaran dalam pekerjaan, meningkatkan prestasi kerja dan mencapai kesejahteraan di tempat kerja (Luthans & Youssef-Morgan, 2017;Luthans & Youssef, 2007;Bakker & Schaufeli, 2008).…”