“…Ini adalah kerana pelajar perlu menyesuaikan diri terhadap perubahan-perubahan psikososial yang berlaku sepanjang tempoh pengajian bagi menyiapkan diri mereka untuk kerjaya profesional yang lebih mencabar (Uehara et al 2010). Secara tidak langsung, mereka cenderung untuk berasa tertekan sehingga boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental mereka (Pfeiffer 2001;Samsudin & Tan, 2016;Desa & Sulaiman, 2004). Faktor-faktor lain yang juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan mental pelajar termasuk persekitaran akademik dan hubungan keluarga (Hoo, 2008;Sherina et al, 2003;Hamid & Rhouse, 2005, penggunaan media sosial (Yvonne et al, 2018), pencapaian akademik (Yahaya et al, 2005), konflik dan gangguan rakan sebaya (Hamid & Rhouse, 2005;Dusselier et al, 2005), tekanan kewangan (Lee & Syaid, 2018;Hyun et al, 2006;Adams & Moore, 2007) dan kekurangan bantuan sosial (Hefner & Eisenberg, 2009).…”