“…Selain itu, dapatan kajian-kajian lepas (Abdul Razaq Ahmad, 2010;Rosy Talin, 2015Rully Putri Nirmala Puji & Abdul Razaq Ahmad, 2015;Sharifah Nor Puteh, Nooreiny Maarul & Elisabeth Tak, 2010;Sivachandralingam Sundara Raja, 2018;Kaviza. 2018;2020) juga telah turut menekankan kepentingan dan keperluan penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah selaras dengan matlamat untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global (KPM, 2013;PPK, 2003PPK, , 2015. Sungguhpun begitu, matlamat yang dihasratkan tersebut tidak dapat tercapai sekiranya muridmurid memfokuskan kepada penghafalan maklumat daripada buku teks tanpa menguasai makna di sebalik sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku secara kronologi, menyempitkan proses dan cara melihat sesuatu peristiwa daripada pelbagai sudut pandangan yang berbeza (Fitzgerald, 2009;Foster & Crawford, 2006;Marino, 2011;Ramoroka & Engelbrecht, 2015;Tarman & Kuran, 2015).…”