Search citation statements
Paper Sections
Citation Types
Year Published
Publication Types
Relationship
Authors
Journals
Produksi Les’ Copaque pada tahun 2019 tampil dengan filem animasi terbaharu berjudul Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Menariknya filem ketiga jenama animasi Upin & Ipin ini tidak hanya terletak pada telatah dua beradik kembar dan kawan-kawannya malah turut dipengaruhi oleh keberanian pihak produksi yang mengadaptasi cerita rakyat Melayu untuk menggerakkan keseluruhan naratif filem ini. Namun begitu, cerita rakyat Melayu yang diadaptasi tersebut tidak hanya dieksploitasi sebaliknya pihak produksi telah mengolah naratif asal pada kadar minimum sehingga menghadirkan sebuah pemaknaan semula yang dilihat lebih baik dan segar dalam konteks semasa. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pemaknaan semula cerita rakyat Melayu yang diadaptasi ke dalam filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Kajian berbentuk kualitatif ini akan memanfaatkan filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang ditonton menerusi pelantar penstriman Netflix sebagai data kajian. Pemaknaan semula cerita rakyat Melayu yang dikesan dalam bentuk dialog akan dicatat dan dianalisis menggunakan Teori Adaptasi yang diketengahkan oleh Brain McFarlane (1996). Justifikasi pemilihan teori ini diwajarkan oleh salah satu teknik teori ini iaitu transposisi yang membincangkan adaptasi dilakukan secara terus dengan melakukan sedikit perubahan. Hasil penelitian mendapati bahawa pihak produksi filem ini telah menerapkan teknik transposisi terhadap tiga cerita rakyat Melayu iaitu Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan juga Mat Jenin sehingga berjaya menghadirkan sebuah pemaknaan semula. Justeru itu, implikasi kajian ini akan dapat mengetengahkan perutusan nilai dalam pemaknaan semula terhadap cerita rakyat Melayu tersebut agar dapat meningkatkan kerohanian dan nilai kemanusiaan khalayak.

scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.