Suatu uji kaji makmal telah dilakukan untuk membandingkan kecekapan asid gel dan asid lumpur konvensional dalam merawat kerosakan formasi yang disebabkan oleh lumpur dasar air. Suatu sistem pengasidan telah dibina untuk mengkaji kesan kadar alir dan kelikatan asid gel terhadap batu pasir Berea. Peralatan utama yang membentuk sistem pengasidan ialah pemegang teras, sel lumpur, injap, dan tiub 3 mm. Semua komponen ini diperbuat daripada keluli kalis karat. Bendalir perawat yang digunakan dalam uji kaji terdiri daripada asid lumpur (3% HF–12% HCl), asid hidroklorik, dan gel polimer (gam xanthan). Keputusan uji kaji menunjukkan bahawa polimer dengan kelikatan kurang daripada 73 cP memberikan kecekapan yang lebih baik berbanding kelikatan yang melebihi 73 cP. Ini terbukti apabila nisbah kebolehtelapan mencapai 3.5 pada kelikatan gel 73 cP berbanding 1.5 sahaja pada kelikatan 126 cP. Perbezaan nisbah kebolehtelapan yang ketara berlaku kerana polimer yang terlalu likat cenderung untuk memalam liang secara kekal. Asid gel berjaya merawat kerosakan formasi dengan lebih berkesan berbanding asid lumpur, terutama apabila gel polimer berkelikatan 73 cP dialirkan pada kadar alir 0.28 ml/saat, berbanding kadar alir yang lebih rendah.
Kata kunci: Teknik lencongan; asid gel; pengasidan; gel polimer
A laboratory investigation was conducted to compare the efficiency of gelled acid with conventional/plain mud acid in removing the formation damage induced by water-based mud. An acidizing system was developed to study the effect of flow/injection rate and gel viscosity on Berea sandstone. The main equipments used in this research study were stainless steel core holder, mud cells, valves, and 3 mm tubing. The treatment fluids used were mud acid (3% HF–12% HCl), hydrochloric acid, and polymer gel (xanthan gum). The experimental results revealed that polymer gel with viscosity lower than 73 cP gave better performance as compared to polymer gel with viscosity greater than 73 cP. At gel viscosity of 73 cP, the permeability ratio was 3.5 compared to 1.5 only at viscosity of 126 cP. This was due to the permanent plugging by the high viscosity polymer gel in the core after the injection. Gelled acid has shown tremendous improvement in removing formation damage, where polymer gel with viscosity of 73 cP was found to give better treatment at flow rate of 0.28 ml/s as compared to lower flow rates.
Key words: Diversion technique; galled acid; acidizing; polymer gel