“…Banyak penyelidikan telah dijalankan tentang penggunaan metaverse dalam konteks pendidikan . Metaverse boleh digunakan dalam pelbagai bidang pendidikan, termasuk aritmetik, kejuruteraan, pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), pendidikan fizikal, penerbangan, kesihatan, kejururawatan dan fesyen (Alam & Mohanty, 2022;Garavand & Aslani, 2022;Yu, 2022;Yang & Kang, 2023;Jang & Kim, 2023). Zepeto, Roblox, Gather.town dan Fortnite adalah contoh platform metaverse yang menawarkan pengalaman pengguna berdasarkan persekitaran grafik 3D dan aplikasi studio yang berfungsi sebagai alat pembinaan dunia maya.…”