Dual solutions are discovered in the problem of magnetohydrodynamics (MHD) boundary layer flow of Carreau fluid over a permeable shrinking sheet with thermal radiation. Therefore, a stability analysis is carried out to identify the stable solution of this problem. For the stability analysis, the problem is considered to be unsteady with time derivative introduced into the governing equations. Next, time-dependent solutions are substituted into these equations to form linear eigenvalue equations. The smallest eigenvalue of these equations is then computed using the bvp4c solver in MATLAB. The results showed that the first solution is stable, while the second solution is unstable. The first solution is physically meaningful and realizable in practice, and thus significant to the problem.
ABSTRAK
Penyelesaian dual telah diperoleh dalam masalah aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik (MHD) bendalirCarreau terhadap permukaan telap mengecut dengan radiasi terma. Sehubungan dengan itu, analisis kestabilan dilakukan bagi mengenal pasti penyelesaian yang stabil dalam masalah ini. Bagi analisis kestabilan tersebut, masalah ini telah dipertimbangkan sebagai masalah yang tidak stabil dengan memperkenalkan terbitan masa ke dalam persamaan menakluk. Kemudian, penyelesaian bersandar masa digantikan ke dalam persamaan tersebut untuk menghasilkan persamaan nilai eigen linear. Nilai eigen terkecil bagi persamaan ini kemudiannya dihitung menggunakan solver bvp4c di MATLAB. Keputusannya menunjukkan bahawa penyelesaian pertama adalah stabil sementara penyelesaian kedua tidak stabil. Penyelesaian pertama adalah bermakna secara fizikal dan boleh direalisasikan dalam amalan sebenar. Oleh itu, penyelesaian pertama adalah penting bagi masalah ini.