“…Apabila mengkaji topik tentang hubungan kepimpinan teragih terhadap kompetensi guru di sekolah menengah kebangsaan, didapati bahawa terdapat jurang kajian yang ketara di antara pengkaji dalam negara dan luar negara. Terdapat banyak kajian antaranya masih bertumpu kepada peranan kepimpinan seorang pengetua dalam mencapai matlamat organisasi (Day et al, 2009;Siva et al, 2014), kepimpinan teragih guru besar dan komitmen guru di sekolah kebangsaan (Ramathevi & Ahmad, 2021), gaya kepimpinan teragih guru besar terhadap efikasi kendiri guru di prasekolah (Sinirah & Aida, 2021;Vasuki & Zahari, 2021;M Puspanathan & Mahaliza, 2020), gaya kepimpinan teragih pengetua terhadap autonomi guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sekolah amanah di Kuala Lumpur (Raziah & Mohamed Yusoff, 2022) dan keberkesanan kepimpinan teragih guru besar terhadap kepuasan kerja guru (Nur Syukri & Mohd Izham, 2020;Zoolaiha et al, 2017;Chin & Jamalul, 2018).…”