Memorizing is a way of preserving the sanctity and purity of the holy verses of the Quran. Based on observations, in Malaysia especially many people who memorize the Quran consist of a typical community, even there is no specific method for the disabled community especially the deaf community for memorizing Quran. Hence, this article aims to study the effectiveness of Tahfiz Akhyar method in order to increase the level of Quran memorization for deaf youths through the Deaf Youth Huffaz Camp which lasted for 5 days 4 nights at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) and involving 19 deaf youths as a study participant. This study uses a mixed approach through observation method and final test as instrument tool. The findings of the study show that the Tahfiz Akhyar method can help improve the memorization level of some of the common surah. The achievements of the study participants varied according to their tendency, ability and level of hearing. The implication is that the Deaf Youth Huffaz Camp will continue in the future with the support of various parties.
Keywords: Tahfiz Akhyar, Level of mastery, Memorization, Quran, Deaf
Abstrak
Hafazan merupakan cara untuk menjaga kesucian dan ketulenan ayat suci al-Quran. Berdasarkan pemerhatian, di Malaysia khususnya ramai para huffaz terdiri daripada komuniti tipikal sahaja bahkan tiada kaedah khusus bagi komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) khususnya komuniti Pekak untuk menghafaz Quran. Justeru, artikel ini bertujuan mengkaji keberkesanan Kaedah Tahfiz Akhyar dalam meningkatkan tahap penguasaan hafazan Quran untuk remaja pekak menerusi Kem Huffaz Remaja Pekak yang telah berlangsung selama 5 hari 4 malam bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan melibatkan 19 orang remaja pekak sebagai peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran melalui kaedah pemerhatian dan ujian akhir sebagai alat instrumen. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa Kaedah Tahfiz Akhyar dapat membantu meningkatkan tahap hafazan beberapa surah lazim. Pencapaian hafazan antara peserta kajian berbeza-beza mengikut kecenderungan, kemampuan dan tahap pendengaran mereka. Implikasinya, Kem Huffaz Remaja Pekak ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan dapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Kata kunci: Tahfiz Akhyar, Tahap penguasaan, Hafazan, Quran, Pekak