Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan percikan kontroversi antarabangsa yang melibatkan warga asing ketika wabak COVID-19 melanda. Dikritik kerana diskriminasi dan prejudis terhadap warga asing, kerajaan Malaysia juga berjuang dengan ketidaktentuan politik dalaman semasa krisis ini. Tidak adil kepada warga asing yang berdokumen, kebanyakan mereka menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) sebagai pelabur dan pesara yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu dasar berkaitan Program MM2H dengan menggabungkan perspektif akademik dan pelaku dasar yang terlibat dalam program ini. Analisis kualitatif menunjukkan tiga isu dasar yang mempengaruhi reputasi Program MM2H. Oleh itu, tiga cadangan praktikal dikemukakan berkaitan dengan struktur program, penentuan pemilik utama MM2H, dan memperkasakan Pusat MM2H. Selain itu, kajian ini menambah nilai kepada kajian yang sedia ada dengan memberi fokus kepada pendekatan pemindahan dasar untuk menilai kemajuan dasar dan mengenal pasti kelemahan dasar yang harus diperbaiki. Sejak 20 tahun Program MM2H diperkenalkan, dasar ini tidak pernah dikaji semula. Maka, kajian analisis dasar ini merupakan antara kajian perintis yang dijalankan untuk menambahbaikkan Program MM2H secara komprehensif.