Bacterial cellulose (BC), a pure form of three-dimensional biopolymer is gaining extensive interest due to its unique physical and mechanical properties. The effects of different agitation conditions on BC synthesis by Acetobacter xylinum 0416 have been compared. Fermentations were carried out at 150 and 200 rpm using rotatory incubator shaker and rotatory shaker in a constant temperature room of 30 ºC. Matured coconut water was used as a sustainable medium due to its low cost and availability. The medium was adjusted to pH 4.5 or pH 5.5 and BC pellets were collected after 7 days of fermentation. The constant temperature room appeared to has fluctuate degree of heat during fermentation up to 37 °C and suppressed the BC production. In rotatory incubator shaker, the BC produced have insignificant different in comparison to pH and rotation speed. These results indicate that matured coconut water has potential as the carbon source for BC synthesis and optimization of fermentation temperature is important to produce enormous yield of BC.Keywords: bacterial cellulose, matured coconut water, fermentation, agitation speed Abstrak Selulosa bakteria (SB) iaitu sejenis tiga-dimensi biopolimer sedang mendapat tumpuan yang meluas disebabkan oleh sifat fizikal dan mekanikalnya yang unik. Kesan goncangan yang berbeza terhadap sintesis SB oleh bakteria Acetobacter xylinum 0416 telah dibandingkan. Proses fermentasi telah dilakukan pada kelajuan 150 rpm dan 200 rpm menggunakan inkubator penggoncang berputar yang tertutup dan inkubator penggoncang berputar terbuka yang terletak di dalam bilik malar pada suhu tetap 30 °C. Air kelapa tua digunakan sebagai medium mapan kerana mudah diperoleh pada kos yang rendah. Media ini dilaraskan pada pH 4.5 atau pH 5.5 dan pelet BS dikumpulkan selepas 7 hari fermentasi. Suhu bilik malar didapati berubah-ubah sepanjang fermentasi sehingga meningkat kepada 37 °C dan membantutkan penghasilan SB. Melalui penggunaan inkubator penggoncang berputar yang tertutup, SB yang terhasil mempunyai perbezaan kuantiti yang tidak signifikan dari segi pH dan kelajuan goncangan. Keputusan ini menunjukkan air kelapa tua mempunyai potensi sebagai sumber karbon bagi sintesis SB dan pengoptimuman suhu fermentasi adalah penting untuk menghasilkan SB yang banyak.Kata kunci: bakteria selulosa, air kelapa tua, fermentasi, kelajuan goncangan.