“…Berdasarkan keterangan di atas, matlamat KBAT boleh dicapai melalui PBP kerana ia adalah berasaskan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu kreatif, kritikal, komunikasi dan kolaborasi (Sadrina et al, 2018). PBP juga menyediakan pelajar dengan pembelajaran dunia sebenar (Sadrina et al, 2018;Kim, 2021;Issa & Khataibeh, 2021), melibatkan pelajar dalam aktiviti penyiasatan masalah (Issa & Khataibeh, 2021;Vasiliene-Vasiliauskiene et al, 2020;de la Torre-Neches et al, 2020), melibatkan kemahiran penyiasatan (Akpan et al, 2020;Saleha, 2019;Vasiliene-Vasiliauskiene et al, 2020), menghasilkan produk (Almulla, 2020;Agudelo & Vasco, 2019;Aldabbus, 2018) dan melakukan penilaian reflektif (Sadrina et al, 2018;Kim, 2021;Issa & Khataibeh, 2021). Justeru, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan PBP dalam PdP adalah menggunakan konsep teori pembelajaran iaitu Teori Konstruktivisme.…”