AbstrakKajian ini membincangkan tentang kesan aktiviti mengokok dalam kalangan pengokok etak yang terdapat di Kelantan. Masalah gangguan otot Muscular telah dikenalpasti wujud dalam kalangan responden yang dikenali sebagai Musculoskeletal disorder (MSD), kesan daripada menggunakan peralatan “mengokok” yang diwarisi turun-temurun. Masalah seperti kelenguhan, kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian otot responden semasa aktiviti “mengokok” etak menjadi permasalahan utama bagi kajian ini. Kajian ini melibatkan tiga responden yang merupakan antara pengokok etak yang masih bergiat aktif di Kelantan. Kajian menggunakan metod temubual, pemerhatian dan thematic analysis untuk menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahagian badan yang terjejas secara langsung akibat aktiviti “mengokok” dalam jangka masa yang panjang ialah pada bahagian tulang belakang (back spine) dan pergelangan tangan. Antara faktor-faktor yang menyumbangkan hazard adalah peralatan “mengokok” yang digunakan oleh responden. Hasil temubual menunjukkan, faktor postur memainkan peranan penting dalam hubungkait antara MSD dan masalah-masalah kesihatan yang dialami oleh responden.
AbstractThis study discusses the effects of etak harvesting activities among etak harvester found in Kelantan. Muscular Muscle Disorders is identified to exist among respondents as the effects of using harvester equipment for a prolonged time. Few difficulties have been identified such as lethargy, pain and discomfort in the muscles of the respondents during the activity of harvesting etak. This study involved three respondents who are among the etak harvester that are still active in Kelantan. The study adopted ethnographic approaches which are interviewmethods, observations, and Nordic Body Map analysis to analyze the findings of the study. The findings of the study show that the parts of the body that are affected by the prolonged harvesting activities are the back spine and wrists. Among the factors that contributed to the hazard was the harvesting equipment used by the respondents. The results of the interviews showed that working posture plays an important role in probing the relationship between MSD and health problems experienced by the respondents.