“…Di sekolah, guru boleh mengenal pasti identiti dana murid melalui kaedah-kaedah seperti potret diri melalui lukisan identiti oleh murid itu sendiri (Bagnoli, 2009), diari peribadi (Esteban-Guitart, 2012), video (Esteban-Guitart & Moll, 2014), puisi (Subero et al, 2015), avatar (Poole, 2017), foto (Marsh & Zhulamanova, 2016) atau peta (Moulton, 2018). Kaedah-kaedah tersebut mengutamakan peranan murid dalam mengekspresikan identiti mereka melalui pelbagai bentuk artifak yang boleh digunakan guru dalam usaha mereka bentuk bahan pengajaran yang bermakna (Esteban-Guitart, 2016).…”