Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menyediakan MnO 2 poros nano yang mempunyai bentuk nanobunga untuk digunakan sebagai penjerap pewarna sintetik komersial (remazol merah, eriokrom hitam dan metilena biru). Permukaan bahan silika yang telah diubahsuai dengan 3-aminopropil trietoksisilana (APTES) digunakan dalam proses sonokimia pada suhu bilik dengan kehadiran 0.1M KMnO 4 untuk menghasilkan komposit silika-MnO 2 dan seterusnya MnO 2 bersaiz nano selepas proses penyingkiran templat dilakukan. Spektrum FTIR menunjukkan kehadiran getaran MnO 2 dalam julat 400-600 cm-1. Analisis jerap-nyahjerap N 2 menunjukkan MnO 2 tulen memiliki liang yang bersifat mesoporos 51.9 Å (± 1.4), manakala luas permukaan MnO 2 ialah 123.6 m 2 /g. Penjerap MnO 2 nanobunga yang diperolehi menunjukkan kebolehan menjerap pewarna eriokrom hitam dan metilena biru sahaja. Kedua-dua isoterma penjerapan eriokrom hitam dan metilena biru oleh MnO 2 menepati ciri-ciri model Langmuir.