AbstrakDalam kajian ini, hidrogel berasaskan kanji daripada ubi Stemona curtisii disintesis melalui kaedah pempolimeran radikal bebas menggunakan penyinaran gelombang mikro. Dalam kajian ini terdapat 3 jenis hidrogel dengan nisbah kanji kepada akrilamida yang berbeza dianalisis iaitu 1:3, 1:4 dan 5:3. Berdasarkan kepada ujian pembengkakan, hidrogel 1:3 mempunyai peratus pembengkakan paling tinggi dan ini dibuktikan dengan keputusan yang diperolehi daripada Mikroskop Pengimbas Elektron (SEM) di mana mikrograf SEM mempamerkan saiz liang pada hidrogel 1:3 adalah yang paling besar. Analisis menggunakan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier-Jumlah Pantulan Teratenuat (ATR-FTIR) menunjukkan kehadiran puncak pada 1112 cm -1 , 1152 cm -1 dan 1150 cm -1 pada hidrogel 1:4, 1:3 dan 5:3 masing-masing yang menandakan pembentukan ikatan C-O-C hasil daripada proses pempolimeran taut silang. Analisis menggunakan Difraktometer Sinar-X (XRD) pula menunjukkan bahawa ketiga -tiga jenis hidrogel adalah amorfus. Kalorimeter Pengimbas Kebedaan (DSC) pula memberikan maklumat bahawa semua bahan yang digunakan untuk sintesis hidrogel adalah pada tahap kebolehcampuran yang baik dan hidrogel 1:4 menunjukkan suhu peralihan kaca (T g ) yang paling tinggi. Daripada termogram TGA/DTG pula, hidrogel 5:3 didapati lebih stabil terhadap haba berbanding hidrogel yang lain. Keputusan ujian Tegangan menggunakan Mesin Ujian Universal (UTM) telah mendapati bahawa hidrogel berasaskan kanji Ubi Stemona curtisii yang disintesis mempunyai potensi untuk diaplikasikan sebagai pembalut luka. Dalam ujian ini, hidrogel 1:4 yang mempunyai kandungan kanji yang paling rendah telah menunjukkan nilai modulus elastik Young yang paling tinggi.
Kata kunci: Stemona curtisii, hidrogel, pempolimeran radikal bebas, gelombang mikro
AbstractIn this study, hydrogel based on starch of Stemona curtisii was synthesized via free radical polymerization method by using microwave irradiation. In this study, there were three type of hydrogels formulated with different type of starch to acryamide been anaylyzed which were 1:3, 1:4 and 5:3. Based on swelling test, hydrogel with 1:3 was reported to have the highest swelling percentage where this is prove by Scanning Electron Microscope result. The SEM micrograph shows that hydrogel 1:3 have the largest pores size compare to the other two types of hydrogels. The polymerization reaction has been proven to occur successfully based on the analysis using Attenuated Total Reflection-Fourier Transform Infrared Spectroscopy (ATR-FTIR). Cross-linking polymerization process was determine by the present of peak at 1112 cm -1 , 1152 cm -1 and 1150 cm -1 in hydrogels 1:4, 1:3 and 5:3 respectively which indicate the formation of C-O-C bond.X-Ray Diffractometer (XRD) results showed that all starch-based hydrogels were amorphous. Differential Scanning Calorimeter (DSC) gave information that all the blending materials for hydrogel synthesis were of good miscibility and the hydrogel 1:4 was found to have the highest glass transition temperature. F...