ABSTRAKKertas ini bertujuan mengkaji hubungan dan penyebab antara bantuan kewangan luar yang diterima oleh negaranegara ASEAN
PENGENALANSejauh mana bantuan kewangan luar efisien mencapai matlamat pembangunan dalam kalangan negara-negara membangun telah mendapat perbincangan meluas pelbagai pihak. Perbezaan pendapat berkaitan kesan hubungan ini wujud dalam kalangan pengkaji. Dua bentuk aliran pandangan dikenal pasti iaitu pro-bantuan tradisional (traditional pro-aid) dan anti-bantuan radikal (radical anti-aid). Shah et al. (2005) mengenali aliran ini sebagai 'extensionist school' dan 'non-extensionist school'. Aliran pro-bantuan menyatakan bahawa bantuan kewangan yang disalurkan kepada negaranegara membangun merupakan pelengkap kepada sumber kewangan dalaman negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi. Bantuan ini merupakan petunjuk jalinan perhubungan antara negara serta liputan pasaran global yang memberi limpahan positif terhadap ekonomi negara. Sebaliknya pula bagi aliran anti-bantuan yang mendakwa bahawa bantuan ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Ia berlaku susulan ketidak efisienan penggunaan negara terhadap bantuan kewangan diterima yang menyebabkan peningkatan dalam ketaksamaan pendapatan, merentir (rent-seeking), pembiayaan projek tidak efektif, pemindahan teknologi lama serta ketaktelusan kerajaan. Atas sebab perbezaan ini, banyak kajian dilaksana bagi menilai sejauh mana dakwaan dan hubungan ini tepat bagi sesebuah negara.Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan bantuan kewangan luar kepada negara-negara ASEAN. Dua alasan kajian ini dilakukan walaupun telah terdapat kajian terdahulu yang menerima dan menolak dakwaan ini di negara yang berbeza. Pertama, pendapatan per kapita bagi negara-negara ASEAN (kecuali Brunei dan Singapura) adalah sederhana. Negara-negara ini merupakan negara membangun dan menunjukkan angka pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Namun demikian, negara-negara ini turut menerima bantuan kewangan luar untuk melaksanakan polisi pembangunan. Walau bagaimanapun, nisbah bantuan Jurnal Ekonomi Malaysia 49(1) 2015 61 -70 http://dx