ABSTRAKSI: Artikel ini mengupas rasional di sebalik pengenalan ALPdP (Aktiviti di Luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran) Pendidikan Moral di Malaysia. Seramai tujuh orang peserta kajian, yang terdiri daripada guru Pendidikan Moral daripada enam buah sekolah, telah terlibat secara langsung dalam kajian ini. Kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes telah digunakan dalam pengumpulan data. Dapatan data bagi kajian ini dikutip melalui temu bual, pemerhatian, dan penelitian dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa silibus baharu Pendidikan Moral, iaitu KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah), bukan sahaja diajar di dalam kelas malah diselitkan juga dengan pengajaran dan pembelajaran di luar waktu dan dijalankan oleh guru di luar bilik darjah selama 32 jam. ALPdP merupakan komponen baharu dan telah mula dilaksanakan dalam kalangan murid Pendidikan Moral menengah rendah bermula tahun 2017. Penambahbaikan secara berterusan perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar keberkesanan ALPdP ini dapat dimantapkan dan menjadi proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid. KATA KUNCI: Kurikulum Standard Sekolah Menengah; Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran; Pendidikan Moral di Malaysia. ABSTRACT: “Moral Education Activities Beyond Teaching and Learning in Malaysia: An Introduction”. This article explores the rationale behind the introduction of TLAOC (Teaching and Learning Activities Outside the Classroom) in Malaysia. A total of seven study participants consisting of Moral Education teachers from six schools were directly involved in this study. Qualitative methods using case study design have been used in data collection. The data obtained for this study were collected through one-to-one interviews, observation, and documents reviews. The results show that the new syllabus of Moral Education, the SCSS (Standard Curriculum for Secondary School), is not only taught in the classroom but is also integrated with teaching and learning outside of the classroom and conducted by teachers for 32 hours. The TLAOC is a new component that has been implemented among lower secondary Moral Education students beginning in 2017. Continuous improvement needs to be given attention by the Ministry of Education Malaysia, so that the effectiveness of TLAOC can be strengthened and become a meaningful teaching and learning process for students. KEY WORD: Standard Curriculum for Secondary School; Teaching and Learning Activities Outside the Classroom; Moral Education in Malaysia. About the Austhors: Vijaya Malani Verasamy ialah Pelajar Sarjana (Master) di Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Vishalache Balakrishnan, Ph.D. ialah Profesor Madya di Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan UM, Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, Penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: vee1810@gmail.com dan visha@um.edu.mySuggested Citation: Verasamy, Vijaya Malani Vishalache Balakrishnan. (2020). “Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia: Satu Pengenalan” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Volume 5(2), September, pp.131-142. Bandung, Indonesia: UPI [Indonesia University of Education] Press, ISSN 2527-3868 (print) and 2503-457X (online). Article Timeline: Accepted (July 27, 2020); Revised (August 31, 2020); and Published (September 30, 2020).