“…Hal ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa masyarakat 'asli' atau 'penduduk terawal di Sabah', sebagaimana menurut Mohamad (1977) tidak pernah menjadi satu unit sosial yang signifikan melebihi had sebuah kampung sahaja yang berpopulasi kecil diantara 50 hingga 100 orang sahaja dan mereka biasanya terdiri daripada saudara-mara (Barlocco, 2014, Boulanger, 2009Luping, 1985). Oleh itu, pengelasan etnik tidaklah penting kerana mereka lebih berminat mengekalkan ikatan kekeluargaan yang kuat dan hidup secara harmoni tanpa adanya keperluan untuk membezakan antara satu dengan yang lain (Boulanger, 2009;Robinson, Karlin & Stiles, 2013;Tarmudi, Saibin, Naharu & Tamsin, 2014).…”