Kes kehamilan kembar molar bersama dengan kehamilan intrauterin yang normal adalah sangat jarang berlaku. Insiden kehamilan tersebut adalah sangat rendah dengan kadar satu kes di dalam 20,000-100,000 kelahiran. Kehamilan tersebut dikaitkan dengan risiko keguguran, kelahiran pramatang, kematian janin didalam rahim, pendarahan, pre-eklampsia, dan persistence trophoblastic disease (PTD). Kehamilan ini juga boleh mengakibatkan perubahan paras ujian biokimia di dalam ibu hamil dan mengakibatkan manifestasi gejala kepada ibu. Terdapat beberapa kes yang sama telah dilaporkan di kalangan penduduk Asia dengan dilema pengurusan klinikal yang signifikan kepada ibu dan janin. Di sini, kami laporkan kes seorang wanita muda dengan sejarah obstetrik yang kompleks hadir dengan masalah pendarahan per vagina di awal kehamilan. Beliau mempunyai kehamilan kembar molar hydatidiform lengkap dengan janin yang normal. Keadaan ini mengakibatkan paras ujian biokimia human chorionic gonadotrophin (hCG) yang sangat tinggi. Beliau juga mengalami hipertiroid. Selepas proses kelahiran, nilai hCG masih tinggi dan beliau didiagnosakan sebagai 'Gestational Trophoblastic Neoplasm'.