This study examined the relationship between teachers' interpersonal skill and academic achievement of gifted students. A quantitative study using a survey method to collect data. The study involved four Mara Science Junior Colleges (MSJC)in (Den Brok et al. 2004). Bermula dari saat itu, personaliti guru yang disenangi atau sebaliknya mula terbina.Guru yang mengamalkan tingkah laku beradab akan lebih disukai oleh pelajar (Atan 1991). Seorang guru yang memiliki personaliti menarik seperti peramah, mudah mesra, penyayang, mengambil berat, prihatin dan pandai bergurau akan lebih suka didampingi oleh pelajar. Guru yang menepati masa menghadiri kelas, sabar dalam menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan berkeyakinan tinggi akan disukai dan lebih dihormati oleh pelajar.Dalam mengurus bilik darjah, seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa serta sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Seseorang guru yang cekap pengajarannya, tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang tidak akan dapat memenangi hati pelajar-pelajarnya dan boleh menjejaskan keberkesanan proses pembelajaran.Menurut Mok Soon Sang (2000), pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa komunikasi yang berkesan. Norzaini dan Mohamed Sani (2007) berpendapat bahawa seorang guru yang berkesan bukan sahaja mengajar mata pelajaran akademik, tetapi turut berperanan sebagai penasihat, perunding, pendorong, pakar rujuk dan mengawasi disiplin. Hal ini selaras dengan Chap 1new.indd 89