“…Peningkatan ketara kajian ini berlaku apabila Skala Blogging Privacy Management Measure (Child, Pearson & Petronio, 2009) telah diadaptasi oleh Frampton dan Child (2013) dalam persekitaran Facebook. Di Malaysia, kajian berkaitan Facebook masih tertumpu kepada corak dan kesan penggunaan Facebook (Warren, Sulaiman & Jaafar, 2015;Warren, Jaafar & Sulaiman, 2016;Abdulahi, Samadi & Gharleghi, 2014). Majoriti kajian tertumpu kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai responden kajian kerana mereka berada dalam kelompok pengguna utama Facebook (Jafarkarimi, Sim, Saadatdoost & Hee, 2016;Helou & Rahim, 2014;Naeemi, Tamam, Hassan & Bolong, 2014;Zaremohzzabieh, Samah, Omar, Bolong & Kamarudin, 2014;Omar & Subramanian, 2014).…”