Pandemik Covid-19 telah memberi kesan negatif terhadap aspek ekonomi negara sekaligus menaikkan kadar kemiskinan negara semasa. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu pembasmian kemiskinan yang boleh memberi impak yang tidak memberangsangkan sekiranya beberapa inisiatif tidak difokuskan dalam usaha membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025. Kajian ini bertujuan untuk membuat sorotan literatur secara sistematik ke atas bagaimana zakat berperanan dalam membangunkan ekonomi umat Islam di Malaysia pasca pandemik sekaligus membendung isu kemiskinan. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus, Emerald dan Google Scholar (Advanced Google Scholar) secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2023. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 67 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan segera transformasi medium pengumpulan dan pembahagian zakat dalam usaha membasmi kemiskinan oleh pihak berwajib di Malaysia kerana ia sangat relevan dan signifikan membasmi kemiskinan. Kajian ini memberi impak terhadap kemampuan masyarakat untuk kelangsungan hidup agar bebas dari kemelut kemiskinan tegar pada pasca-pandemik Covid-19 tercapai pada tahun 2025 menerusi salah satu sistem kewangan sosial Islam iaitu zakat secara teknologi digital samada dari segi pengumpulan atau pembahagian sumbangan zakat kepada yang memerlukan.