Kreativiti merupakan kebolehan semulajadi untuk menghasilkan idea dan kemungkinan yang baharu dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dipraktikkan dan diasah menerusi pelbagai teknik dan kaedah yang tertentu. Usaha yang berkaitan perlu dilakukan supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif ke arah amalan pembangunan insan yang berlandarkan kreativiti. Penerapan kemahiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah merupakan pendekatan pengajaran yang penting yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum institusi pendidikan tinggi. Pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan mampu menyelesaikan masalah merupakan kunci kepada arus perubahan dan kemajuan individu dalam kehidupan semasa bergelar mahasiswa dan juga setelah tamat pengajian. Kemahiran ini penting bagi memastikan pelajar memiliki pemikiran tahap tinggi yang diperlukan bagi menghadapi persaingan global. Penerapan kemahiran ini merupakan salah satu bentuk pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan bukan sekadar menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, malah juga cemerlang dari sudut akhlak dan emosi
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.