Novel Coronavirus (2019-nCoV), also known as COVID-19, has surprised the country worldwide. The COVID-19 pandemic has had significant implications for communities around the world in general and Malaysia in particular. COVID-19 has caused various sectors to be affected by the spread of the COVID-19 pandemic, including educational institutions in Malaysia. This matter also concerns Islamic Education teachers in Special Education because the Teaching and Learning process (PdP) of Islamic Education with students with learning disabilities (OKU MP) had to be implemented online. Thus, the study's objective is to identify the PdP method used by teachers of Islamic Education in Special Education and the challenges faced when conducting PdP with OKU MP during COVID-19. This study uses a qualitative method by using a questionnaire approach and documentation to collect data for the study objectives. The study found that identifying specific and appropriate techniques before starting the PdP with students with learning disabilities is the primary method in the PdP of Islamic Education during COVID-19. The main challenges in the PdP of Islamic Education for OKU MP students are issues related to technological facilities as well as matters of commitment of students and parents, skills and expertise of teachers as well as the lack of Supported Learning Material (BBM) while continuing the PdP online due to the implementation of Movement Control Order (MCO) by the Malaysian government. Researchers hoped that this study could help teachers and OKU MP face the challenges to continue the PdP of Islamic Education during COVID-19 and reference educational institutions in improving the PdP process for OKU students in Malaysia in general. Keywords: Teaching and Learning (PdP), Islamic Education, Special Education, Students with Learning Disabilities, COVID-19 Abstrak Negara telah digemparkan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) atau dikenali juga sebagai COVID-19. Bencana wabak COVID-19 ini telah memberi implikasi yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya. Hal ini telah menyebabkan pelbagai sektor turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 tersebut termasuklah institusi Pendidikan di Malaysia. Perkara ini turut memberi kebimbangan kepada para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bersama pelajar Kurang Upaya Masalah Pembelajaran (OKU MP) perlu dilaksanakan secara atas talian. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah PDP yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas dan cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan PDP bersama para pelajar OKU MP sewaktu COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan soal selidik dalam mengumpulkan data bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah mengenal pasti teknik tertentu dan bersesuaian sebelum memulakan PDP bersama OKU MP merupakan kaedah utama dalam PDP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19. Cabaran utama dalam PDP Pendidikan Islam pelajar OKU MP adalah isu berkaitan kemudahan teknologi selain isu komitmen pelajar dan ibu bapa, kemahiran dan kepakaran guru serta kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sepanjang meneruskan PDP secara atas talian disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pelajar OKU MP dalam mendepani cabaran yang dihadapi bagi meneruskan PDP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19 serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PDP bagi pelajar OKU di Malaysia secara umumnya. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran (PDP), Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Masalah Pembelajaran, COVID-19.
Kutipan zakat korporat tahunan menduduki tempat kedua tertinggi selepas zakat pendapatan. Ini menunjukkan terdapat ruang bagi membolehkan jumlah kutipan zakat korporat dioptimumkan melalui inisiatif yang berkesan. Bagi meningkatkan kadar kutipan zakat korporat, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini telah memperkenalkan penggunaan logo zakat terhadap syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat korporat. Dengan itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis berkenaan peranan penggunaan logo zakat dalam meningkatkan kutipan zakat korporat di Malaysia dengan menggunakan analisis literatur sistematik. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus dan My Jurnal secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2022. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 52 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati kesedaran pembayaran zakat korporat berlaku peningkatan melalui pengenalan penggunaan logo zakat seperti yang diperkenalkan oleh pihak LZNK dan MAIWP. Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi gambaran dan perbincangan yang berguna serta menjadi rujukan kepada penyelidik dan ahli akademik yang lain berkenaan analisis sistematik terhadap penggunaan logo zakat dalam meningkatkan kadar kutipan zakat korporat dengan menggunakan metodologi PRISMA.