Pengekstrakan torium daripada larutan akueus torium tetraklorida (ThCl 4) telah dilakukan dengan menggunakan larutan organik Di-(2-etikheksil) asid fosforik dalam kerosen (D 2 EHPA/K). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan parameter kepekatan organik dalam pelarut dan masa campuran optimum yang mempengaruhi kecekapan pengekstrakan. Campuran torium-nadir bumi hidroksida ([Th-RE](OH) 4) daripada sumber kepekatan monazit tempatan dilarutkan dalam asid hidroklorik (HCl) pada kepekatan 3 dan 4 molariti. Larutan akueus [Th-RE](OH) 4 ini dicampurkan dengan pelarut organik D 2 EHPA/K pada kepekatan berbeza iaitu 10%, 20% dan 30%. Sebatian diaduk selama 5 hingga 20 min sebelum fasa larutan akueus dan organik dipisahkan. Kepekatan torium sebelum dan selepas pengekstrakan dianalisis menggunakan Spektrometri Jisim Plasma Gandingan Teraruh (ICP-MS). Keputusan kajian mendapati peningkatan kepekatan torium dalam larutan akueus (Th-RE)OH 4 dalam julat 119.40 ± 3.43-121.13 ± 3.18 ppm berbanding sebelumnya. Kecekapan pengekstrakan optimum bagi torium ialah 99.8%, menggunakan D 2 EHPA/K pada kepekatan 30%. Keputusan kajian juga mendapati masa optimum bagi proses campuran dan pemisahan torium dalam larutan akueus kepada fasa organik masing-masing adalah 5 min. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan D 2 EHPA berpotensi untuk digunakan sebagai agen pengekstrakan torium daripada larutan asid hidroklorik.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.