Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah aplikasi mudah alih, Algoritma Bersama Algo untuk pelajar tingkatan 1 yang mengambil subjek Asas Sains Komputer bagi topik Algoritma. Pembangunan aplikasi ini berasaskan kepada permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru mahupun pelajar yang sukar untuk mencari bahan rujukan. Pembangunan aplikasi ini dapat membantu para guru dan pelajar dengan menerapkan elemen-elemen multimedia dan teknologi maklumat. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji persepsi pelajar dan guru terhadap penggunaan aplikasi dalam pembelajaran bab Algoritma. Metodologi kajian yang digunakan sebagai panduan dalam pembangunan aplikasi ini adalah ADDIE. Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada guru dan pelajar melalui Google Form. Hasil dapatan kajian memperlihatkan majoriti pelajar dapat menggunakan aplikasi dengan baik dan menarik minat pelajar untuk belajar. Cadangan pada masa akan datang adalah dalam menghasilkan sesuatu produk pembangun perlu kreatif dalam menerapkan elemen multimedia dalam menarik minat pengguna. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan pembelajaran yang menarik mampu dijalankan walaupun diluar bilik darjah dengan menggunakan aplikasi mudah alih yang disediakan.. Usefulness of the 'Algoritma bersama Algo' for Learning Algorithm Topic in Asas Sains Komputer Subjects Abstract: This study aim to develop a mobile application, “Algoritma bersama Algo” for Form 1’s student taking “Asas Sains Komputer” in Algorithm topic. This application development based on problem that occurred within both teacher and student that having dificulity in searching reference materials. This application can help both teacher and student to applied multimedia and information technology elements. Next, this study also examines the perceptions of students and teachers to use this application in learning about algorithm. Methodology used as guide in development of this application is ADDIE model. Data collected using questionnaires which distributed to students through Google Forms. The result showed that majority students can use application properly and it attract students to learn. Suggestion for the future is to produce a creative product as developer needs to implement multimedia elements to interest users. As conclusion, the study showed interesting learning can be carried out even outside the classroom using mobile applications that were develop. Keywords: Learning Tool, Algorithm, Mobile Application.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.