Penggunaan platform pembelajaran dalam proses pengajaran semakin meluas sejak kebelakangan ini. Dalam Pendidikan Moral, platform secara talian Schoology di dalam Kelas Berbalik (Flipped Classroom) telah menjadi wahana baharu di dalam Pendidikan Moral untuk mengembangkan pemikiran moral. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tindakan telah digunakan dalam kajian ini. Temu bual berfokus telah dilaksanakan terhadap 6 orang guru praperkhidmatan (GPP) opsyen Pendidikan Moral yang menggunakan platform Schoology. Dapatan kajian mengetengahkan GPP berupaya memerihalkan isu moral daripada tiga tema pembelajaran yang dibincangkan. Dapatan kajian juga mendapati GPPP berupaya mengembangkan elemen pemikiran moral setelah perbincangan dilaksanakan menerusi aktiviti seperti menonton video dan maklum balas yang diberikan di dalam platform secara talian Schoology (peringkat prapengajaran dan pasca pengajaran).
[The use of learning platforms in the teaching process has been growing in recent years. In Moral Education, Schoology's online platform in Flipped Classroom has become a new mode to develop moral thinking. Qualitative studies using action research design have been used in this study. Focus interviews have been implemented on 6 Moral Education preservice teachers who use the Schoology platform. The findings highlighted that preservice teachers are able to describe the moral issues of the three learning themes discussed. The findings also found that Moral Education preservice teachers was able to develop the moral thinking element after discussions were conducted through activities such as watching videos and feedback provided on the platform online Schoology (pre-teaching and post-teaching).]
Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai sensitiviti moral adalah satu nilai murni yang amat penting kepada seseorang murid dalam memupuk kesedaran tentang sesuatu isu moral dan keupayaan untuk mengambil pertimbangan wajar sebelum menyelesaikan sesuatu konflik. Kata kunci: Sensitiviti moral, menonton dan analisis filem, pengajaran dan pembelajaran, Pendidikan Moral
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.