ABSTRAKKajian ini meninjau persepsi pelajar tahfiz terhadap kepentingan pengetahuan nahu Arab dalam menghafaz al-Quran. Untuk tujuan itu, satu set soal selidik jenis skala Likert telah diedarkan kepada pelajar tahfiz yangsedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam pemilihan responden, hanya mereka yang mempunyai pengetahuan bahasa Arab pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dipilih. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) menggunakan borang Google yang diedarkan melalui aplikasi WhatsApp. Seramai 109 orang pelajar daripada 21 buah IPT, sama ada di dalam mahupun luar negara telah menyertai kajian ini. 70.6% daripada para pelajar ini telah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan majoriti daripada mereka (89%) mendapat prestasi cemerlang dalam peperiksaan bahasa Arab SPM. Analisis faktor dengan Kaedah Komponen Prinsipal menunjukkan kesahan konstruk item yang dibina, manakala nilai Cronbach Alfa melebihi 0.7 menunjukkan kebolehpercayaan item kajian. Dua faktor yang terbina sebagai konstruk kajian ini telah diekstrak daripada 15 item yang dikemukakan dan dinamai sebagai kepentingan nahu sebagai strategi hafazan dan kepentingan nahu sebagai faktor motivasi. Penentuan kedua-dua fungsi ini berdasarkan ciri-ciri item subkumpulan berkenaan. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa pelajar tahfiz mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konstruk kepentingan nahu sebagai faktor motivasi. Manakala bagi kepentingan nahu sebagai strategi hafazan, responden menunjukkan persepsi sederhana tinggi. Dapatan ini memberikan indikator wujudnya kepentingan nahu Arab dalam pembelajaran hafazan al-Quran sebagai motivasi kepada pelajar tahfiz dan juga sebagai salah satu strategi menghafaz al-Quran.
Proficient phrase mastery in a language is very important to further strengthen the mastery of the language. This is because, various aspects need to be considered before a phrase can be mastered either in writing or speech. Various studies have reported on students' weaknesses in phrase mastery. Thus, this study focuses on mastery in one type of noun phrase only, namely the phrase al-idhāfah or also known as annexation phrase. This descriptive quantitative study was conducted on 186 final year students, majoring in Islamic studies, Faculty of Contemporary Islamic Studies, Sultan Zainal Abidin University. Study data were collected through the implementation of a set of written test questions related to the phrase al-idhāfah. The findings show that the majority of students are at a low level (weak) in the mastery of the phrase al-idhāfah as a whole, either according to the division of marks, grades, level of mastery, and also according to the construct of questions that have been built. It is hoped that this study can be a source of ideas for researchers in further developing a more innovative teaching and learning industry in the future. Keywords: phrase al-idhafah, annex, Arabic language, al-idhafah Penguasaan frasa yang mantap dalam sesuatu bahasa adalah sangat penting bagi memperkukuhkan lagi penguasaan terhadap bahasa tersebut. Ini kerana, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu frasa itu dapat dikuasai sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang kelemahan para pelajar dalam penguasaan frasa. Justeru, kajian ini memberi pemfokusan kepada penguasaan dalam satu jenis frasa nama sahaja iaitu frasa al-idhāfah ataupun juga dikenali sebagai frasa aneksi. Kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif ini dijalankan ke atas 186 orang pelajar tahun akhir, jurusan pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Data kajian dikumpul melalui pelaksanaan satu set soalan ujian bertulis berkaitan dengan frasa al-idhāfah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap rendah (lemah) dalam penguasaan frasa al-idhāfah secara keseluruhannya, sama ada mengikut pembahagian markah, gred, tahap penguasaan, dan juga mengikut konstruk-konstruk soalan yang telah dibina. Kajian ini diharap dapat menjadi satu pencetus idea kepada pengkaji-pengkaji dalam memajukan lagi industri pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif pada masa akan datang. Kata kunci: frasa al-idhāfah/ frasa aneksi; bahasa Arab; al-idhāfah.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.