Perbahasan Parlimen merupakan salah satu kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan perbincangan antara pemeran utama yang secara tidak langsung dapat menyerlahkan hubungan sosial melalui unsur bahasa yang dimanfaatkan. Juseru, analisis unsur modaliti dalam klausa ujaran merupakan salah satu penelitian awal yang boleh menonjolkan hubungan sosial pemeran dengan khalayak pewacananya. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan aspek makna modaliti yang digunakan oleh pewacana Kerajaan dan Pembangkang dalam wacana perbahasan Parlimen sebagai satu cara membina hubungan sosial dengan khalayak wacananya. Wacana perbahasan parlimen yang dipilih ialah perbahasan Belanjawan 2019, iaitu perbahasan belanjawan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (2018) dan selepas berlakunya peralihan kuasa dalam era Malaysia Baharu. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis unsur modaliti dalam ujaran pewacana dengan bersandarkan pendekatan analisis wacana kritis Fairclough (1992 & 1995). Hasil penelitian, ditemui 13 kata modaliti digunakan oleh keduadua pewacana Kerajaan dan Pembangkang dalam data kajian. Dapatan menunjukkan modaliti informatif dan modaliti perintah dimanfaatkan oleh kedua-dua pewacana. Pemanfaatan modaliti informatif lebih tinggi kekerapannya, iaitu 777 kali berbanding modaliti perintah hanya 282 kali. Pewacana Pembangkang dilihat mendominasi penggunaan modaliti informatif sebanyak 419 kali dan banyak dimanfaatkan dalam modaliti berciri kehendak, keupayaan, pengetahuan, dan keengganan. Pewacana Kerajaan pula mendominasi penggunaan modaliti perintah bagi maksud permintaan sejumlah 147 kali dan banyak dimanfaatkan dalam kata modaliti harus, perlu, dan kena. Jelaslah, pemanfaatan kata modaliti oleh pewacana Pembangkang adalah lebih bersifat memaklumi khalayaknya, manakala pewacana Kerajaan lebih bersifat memerintah khalayaknya. Maka, dapatlah digambarkan bahawa bentuk hubungan sosial yang terbina antara pewacana Pembangkang dan khalayaknya adalah lebih relaks atau santai, dan bagi pewacana Kerajaan pula adalah lebih formal dan serius dengan khalayaknya.
Dalam wacana interaksi politik, penggunaan kata ganti nama dalam ujaran secara tidak langsung dapat mencerminkan identiti pewacana yang terlibat, khususnya ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. Selain berfungsi sebagai perujukan, pemanfaatan kata ganti nama diri (KGND) dapat menggambarkan bentuk hubungan sosial antara pewacana dan khalayaknya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk KGND pertama yang dimanfaatkan oleh pewacana kerajaan dan pembangkang serta menjelaskan identiti yang diserlahkan menerusi penggunaan KGND berpaksikan pendekatan analisis wacana kritis. Teks perbahasan Belanjawan 2019 dijadikan data kajian. Tinjauan awal mendapati kedua-dua pewacana mendominasi penggunaan KGND pertama tunggal “saya” berbanding KGND pertama jamak. Bagi KGND jamak, pembangkang mendominasi “kita” inklusif, sebaliknya kerajaan mendominasi “kita” eksklusif. Secara persamaan, kedua-dua pewacana dilihat cuba “menonjolkan diri” secara sendirian, berpendirian, mempunyai sentuhan peribadi, dan juga cuba merapatkan diri dengan khalayak sasarannya. Secara perbandingan, pembangkang menyerlahkan sifat kekitaan dan kebersamaan dengan khalayak wacananya, manakala kerajaan lebih menyerlahkan sifat kepartian yang cuba mengukuhkan kedudukan parti selaku “pemerintah baharu” di Parlimen Malaysia Baharu.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji inventori fonem vokal yang wujud dalam dialek Melanau Rajang di kawasan Belawai di bawah pentadbiran Daerah Tanjung Manis, Sarawak. Kajian ini merupakan kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data. Sebanyak 250 senarai daftar kata Swadesh (Samarin, 1967) digunakan sebagai panduan pengumpulan data. Dalam kajian ini, dua orang informan berlainan jantina yang berumur dalam lingkungan 40 dan 60 tahun telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria pemilihan informan menurut Asmah Haji Omar (2001). Dalam menganalisis data, kaedah kualitatif telah digunakan berlandaskan kepada pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa terdapat sebanyak lapan (8) jenis fonem vokal yang wujud dalam dialek Melanau Rajang di kawasan Belawai iaitu empat (4) vokal depan [i, e, ε, a], satu (1) vokal tengah [ə] dan tiga (3) vokal belakang [u, o, ɔ]. Selain itu, distribusi/alternasi bagi kesemua fonem vokal dalam dialek Melanau Rajang di kawasan Belawai turut dibincangkan dalam kajian ini. Dapatan turut menunjukkan bahawa fonem vokal yang aktif ialah fonem vokal [a, i, u], manakala fonem vokal yang tidak aktif ialah vokal [ɔ, o, ε, ə, e].Kata kunci: Alternasi, Fonem, Fonologi, Melanau Rajang, Struktural
Beberapa akronim terkini telah wujud apabila dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu yang muncul dalam usaha Kerajaan Malaysia membendung penularan COVID-19. Kajian ini ialah kajian kualitatif menggunakan kerangka pengkategorian akronim yang telah dikemukakan oleh Nik Safiah Karim (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia. Sebanyak 200 kongsian maklumat SMS kepada umum daripada pihak MKN antara 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian Celcom dianalisis. Analisis teks terhadap maklumat ini dilakukan untuk mengenal pasti data kajian yang mengandungi akronim. Seterusnya borang soal selidik dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. 150 orang responden telah terlibat menjawab soal selidik ini dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat akronim popular seperti PKP, PKBP, PKPD, SOP, 3S, 3W, dan beberapa kata lagi berkaitan COVID-19 yang telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia dalam membicarakan pandemik COVID-19. Akronim-akronim ini yang sekarang didapati digunakan secara meluas diharap dapat memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.