Pandemik COVID-19 telah menunjukkan penggabungan dimensi siber dan fizikal adalah tidak mustahil dan telah menjadi norma baharu dalam kehidupan hari ini. Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan sejauh mana pandemik COVID-19 memberi impak kepada pembangunan modal insan di peringkat pengajian tinggi negara dan pembangunan penyelidikan nasional. Dua aspek ini merupakan aspek utama dalam mencapai status Malaysia sebagai peneraju penyelidikan dan pusat rujukan serantau menurut kerangka Kuasa Nasional. Kajian ini adalah kajian analisis kandungan dokumen. Pemilihan tema dalam pengumpulan data dirangka berdasarkan kerangka kajian yang menggariskan beberapa item iaitu (i) trend nasional pengajian tinggi dan penyelidikan yang berlaku sepanjang pandemik, (ii) kepentingan aktor-aktor tertentu dan (iii) impak pandemik menurut Kuasa Nasional. Berdasarkan data yang dikumpul, kajian ini mendapati pandemik COVID-19 melambatkan pembangunan Malaysia ke arah menerajui penyelidikan dan menjadi pusat rujukan serantau. Hal ini disebabkan, kerajaan masih tidak memiliki visi tersendiri dalam mengurangkan jurang pembangunan modal insan yang melebar dalam sistem pengajian tinggi negara disebabkan pandemik. Malaysia juga masih tidak berjaya untuk mengurangkan pengaruh aktor-aktor intervening yang semakin kuat semasa pandemik dalam ekosistem penyelidikan negara.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.