Pengajaran guru yang berkesan memberikan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Pendekatan yang berstruktur dan terancang digunakan oleh guru dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) harian di prasekolah. Pengetahuan guru dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang menarik penting untuk perkembangan kanak-kanak prasekolah. Perlaksanaan Pdp atau pembelajaran dan pengajaran bagi Fun learning Activity mengikut gaya pengajaran Visual Auditori Kinestetik (VAK) perlulah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pemahaman pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan dan amalan gaya pengajaran VAK guru dalam prasekolah. Reka bentuk kajian adalah penyelidikan secara kualitatif yang berbentuk kaedah tinjauan. Sampel kajian melibatkan empat orang guru prasekolah tadika swasta di Sungai Buloh, Selangor melalui persampelan bertujuan. Instrumen kajian berbentuk set soal selidik soalan terbuka untuk mengenal pasti pengetahuan dan amalan gaya pengajaran VAK dalam bilik kelas. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai pengetahuan tentang gaya pengajaran VAK iaitu visual, auditori dan kinestetik. Keempat-empat guru menjalankan aktiviti yang meliputi ciri-ciri VAK pelajar dan ia merupakan amalan yang dilakukan dalam prasekolah. Walaupun salah seorang guru masih tidak jelas tentang apa itu VAK namun aktiviti hands on tetap dijalankan semasa sesi pengajaran. Justeru itu, ia jelas menunjukkan pengetahuan dan amalan pengajaran VAK guru diaplikasikan dalam prasekolah.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.