Kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian matematik mereka. Walau bagaimanapun, sorotan literatur bersistematik yang dijalankan berkenaan faktor yang mempengaruhi kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah terhad. Maka, ia menjadi satu keperluan bagi sorotan literatur bersistematik ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor mempengaruhi kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini telah menganalisis 31 artikel berkaitan faktor kebimbangan matematik pelajar sekolah menengah yang diperoleh daripada pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS), dari tahun 2018 hingga Mac 2022. Untuk memastikan kajian ini dijalankan dengan sistematik, kajian ini dijalankan berdasarkan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Hasil dapatan kajian telah mendapati faktor yang mempengaruhi kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah boleh dilihat dari enam faktor utama, iaitu faktor akademik, demografi, keluarga, guru, diri sendiri, serta rakan sebaya. Faktor yang paling dominan dikaji adalah faktor pencapaian matematik, diikuti oleh faktor jantina, faktor efikasi kendiri, dan seterusnya faktor motivasi. Kesimpulannya, pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam mempengaruhi kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Implikasi kajian ini adalah menyedarkan pihak masyarakat mengenai faktor mempengaruhi kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar, seterusnya merancang cara penyelesaian.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.