Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti kanak-kanak secara global telah meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun ini, termasuk di Malaysia. Intervensi obesiti yang dijalankan di sekolah penting untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan perubahan tingkah laku. Terdapat banyak intervensi yang telah dijalankan bagi menangani masalah obesiti kanak-kanak; namun, kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak sering kali diabaikan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka persepsi kanak-kanak tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi Juara Sihat di sekolah rendah di Kuala Lumpur. Temu bual bersemuka mendalam dijalankan dengan 26 responden berumur 12 hingga 14 tahun yang dipilih melalui persampelan bertujuan daripada kanak-kanak yang terlibat di dalam program Juara Sihat tersebut. Transkripsi data verbatim dilakukan dan analisis tema dijalankan. Kajian ini mendapati tema utama yang dikenalpasti sebagai faktor penggalak adalah (1) sokongan keluarga, fasilitator, guru sekolah, dan kawan-kawan; (2) amalan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat selepas intervensi; (3) kesedaran kendiri; (4) pengetahuan terhadap piramid makanan dan pemakanan sihat; dan (5) persekitaran rumah, manakala faktor penghalang adalah (1) tidak konsisten dalam pengetahuan; (2) keselamatan diri; (3) rakan sebaya; (4) sikap peribadi; dan (5) bosan terhadap program. Hasil kajian menunjukkan faktor penggalak kemapanan intervensi Juara Sihat yang utama adalah amalan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat, manakala faktor penghalang utama adalah tidak konsisten dalam pengetahuan. Oleh itu, intervensi obesiti kanak-kanak berasaskan sekolah perlu mempertimbangkan faktor-faktor ini yang mempengaruhi kemapanan intervensi. Kajian masa depan dicadangkan untuk mempertimbangkan faktor-faktor tersebut ketika perancangan program intervensi obesiti kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan intervensi obesiti untuk jangka masa yang lebih panjang.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.