Dalam kajian ini, kebolehbentukan-tikso aloi aluminium (Al) 2014 dengan penambahan unsur silikon (Si) dan pengurangan unsur kuprum (Cu) dikaji. Kandungan Si dan Cu dalam aloi 2014 diubah suai supaya kriteria kebolehbentukan-tikso dapat dipenuhi. Kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dan aloi Al-terubah suai diukur secara termodinamik dengan menggunakan pakej perisian JMatPro dan seterusnya dibuktikan secara uji kaji melalui analisis terma dan analisis fasa. Hasil kajian ini mendapati bahawa sifat kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dapat dipenuhi dengan penambahan Si dan pengurangan Cu. Apabila kandungan Si dalam aloi 2014 bertambah, kandungan fasa eutektik pada titik 'lutut' tertinggi yang terbentuk di atas lengkung pecahan cecair meningkat dengan ketara, manakala julat suhu pemejalan pula semakin mengecil. Di samping itu, pengurangan Cu pula menyebabkan julat suhu pemprosesan untuk pembentukan-tikso menjadi semakin luas lalu mengakibatkan sensitiviti pecahan cecair pada titik 'lutut' tertinggi menurun. Selain pembentukan fasa Al 2 Cu dan fasa θ-Al 5 Cu 2 Mg 8 Si 6 , kemunculan fasa π-Al 8 FeMg 3 Si 6 dengan struktur yang padat hasil daripada pengurangan Cu juga dijangka menyumbang kepada peningkatan sifat mekanik aloi Alterubah suai. Akhir sekali, aloi Al-terubah suai tersebut dijangka mampu digunakan untuk menghasilkan komponen otomotif seperti rod penyambung, aci sesondol dan aci engkol melalui proses pembentukan-tikso.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.