Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam pembiayaan perumahan secara Islam yang melibatkan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat diperdebatkan berikutan sistem kewangan Islam yang beroperasi dalam kerangka konvensional perundangan Malaysia. Kedudukan pemilikan bermanfaat dianggap bertentangan dengan konsep pemilikan dalam Islam sekaligus menyanggahi maqasid Syariah. Artikel ini bertujuan mengkaji kedudukan pemilikan bermanfaat daripada perspektif Syariah. Kajian ini menganalisis maksud dan ciri-ciri pemilikan dalam Islam seterusnya menghuraikan asal-usul pemilikan bermanfaat dari sudut perundangan. Kajian ini juga menjelaskan beberapa aplikasi semasa pemilikan bermanfaat dalam pembiayaan perumahan secara Islam dari aspek Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikan bermanfaat. Hasil kajian mendapati pemilikan bermanfaaat diiktiraf sebagai pemilikan sebenar kerana Syariah membenarkan pemindahan pemilikan sebaik sahaja ijab dan qabul terlaksana.
Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam pembiayaan perumahan secara Islam yang melibatkan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat diperdebatkan berikutan sistem kewangan Islam yang beroperasi dalam kerangka konvensional perundangan Malaysia. Kedudukan pemilikan bermanfaat dianggap bertentangan dengan konsep pemilikan dalam Islam sekaligus menyanggahi maqasid Syariah. Artikel ini bertujuan mengkaji kedudukan pemilikan bermanfaat daripada perspektif Syariah. Kajian ini menganalisis maksud dan ciri-ciri pemilikan dalam Islam seterusnya menghuraikan asal-usul pemilikan bermanfaat dari sudut perundangan. Kajian ini juga menjelaskan beberapa aplikasi semasa pemilikan bermanfaat dalam pembiayaan perumahan secara Islam dari aspek Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikan bermanfaat. Hasil kajian mendapati pemilikan bermanfaaat diiktiraf sebagai pemilikan sebenar kerana Syariah membenarkan pemindahan pemilikan sebaik sahaja ijab dan qabul terlaksana. Kata kunci: Pemilikan bermanfaat, pembiayaan perumahan, pemilikan, kewangan Islam
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.