Makalah ini bertujuan menyerlahkan peta variasi Dialek Terengganu yang wujud di Lembangan Sungai Terengganu dengan mengaplikasikan perisian Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System). Variasi leksikal 'aku', 'kamu' dan 'mereka' yang berfungsi sebagai subjek dalam ujaran yang dituturkan oleh masyarakat kampung yang tinggal di sepanjang Lembangan Sungai Terengganu dimanfaatkan sepenuhnya dalam memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini menerapkan kaedah kajian lapangan yang melibatkan teknik temu bual informan dan rakaman. Aspek geolinguistik dan bukan linguistik telah dikemukakan dalam makalah ini bagi mengukuhkan kewujudan isoglos bagi lapan varian dialek kawasan yang merangkumi varian Makam Lama, varian Tajin, varian Butut, varian Pauh, varian Bidur, varian Kuala Pueh, varian Jenagor dan varian Baung. Taburan varian untuk kebanyakan kawasan kajian di sepanjang LST adalah berbeza mengikut pengaruh pertuturan penuturnya dengan keadaan geografi kawasan kajian. Ringkasnya, penyebaran sesuatu dialek adalah sangat dipengaruhi oleh keadaan geografi atau bentuk muka bumi di persekitaran kawasan kajian seperti lembangan sungai, bukit bukau, hutan, bertanah pamah dan tasik. Dapatan kajian juga membuktikan tiada sebarang penemuan dialek luar atau bahasa Orang Asli di sepanjang Lembangan Sungai Terengganu. Kajian ini memberi implikasi kepada penambahan kosa ilmu linguistik khususnya bidang kajian Geografi Dialek, di samping mempertingkatkan kefahaman tentang variasi dialek Melayu dalam pendidikan variasi bahasa/dialek Melayu di sekolah, universiti dan kementerian pendidikan. Kajian ini adalah signifikan kepada para ahli linguistik Melayu yang berusaha meneruskan legasi pengkajian dialek di Malaysia dan kelestarian budaya Melayu.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.