Suatu kajian pemencilan dan pengenalpastian mikroflora bakteria daripada kolam air panas telah dilakukan di kolam air panas Bentong, Pahang. Kebanyakan bakteria yang dipencil dari kolam air panas adalah dari Bacillus sp. kerana ia mempunyai ciri adaptasi yang membolehkannya hidup di kawasan ekstrem suhu tinggi dengan pembentukan endospora. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti spesies bakteria selain dari spesies Bacillus sp. yang mampu mandiri dalam kolam air panas ini. Tiga buah kolam air panas dikenal pasti sebagai A, B dan C. Julat suhu berada antara 36°C-52°C dan nilai pH antara 7.88-8.65. Kajian ini telah berjaya memencilkan dua isolat bakteria kokus Gram positif bersama tiga spesies Gram negatif. Spesies Gram positif tersebut adalah dari spesies Streptococcus sp. dan Staphylococcus sp, manakala Gram negatif pula dikenal pasti sebagai Pseudomonas sp., Klebsiella sp. dan Proteus sp.. Sebagai kesimpulan, bakteria tak berspora yang bukan Bacillus sp. mampu mandiri dalam kolam air panas.
Giardia intestinalis merupakan antara protozoa yang paling kerap ditemui di dalam sampel feses manusia di seluruh dunia. Prevalens infeksi protozoa ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang tinggal di negara membangun berbanding negara maju. Seramai 111 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Titom, Pahang telah menjadi subjek dalam kajian ini. Kajian prevalens dilakukan menurut jantina, umur dan teknik diagnostik yang digunakan. Sampel feses dikumpul dan setiap sampel diperiksa dengan menggunakan tiga teknik diagnostik iaitu teknik apusan langsung, konsentrasi formalin-eter dan teknik pewarnaan trikrom untuk mengesan kehadiran trofozoit dan atau sista G. intestinalis. Prevalens keseluruhan infeksi G. intestinalis dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Titom, Pahang adalah 23.42% (26/111). Kanakkanak perempuan didapati lebih ramai terinfeksi (25%) berbanding kanak-kanak lelaki (21.57%) walaupun secara statistiknya tidak signifikan (p > 0.05). Dari segi umur, tiada infeksi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah iaitu yang berumur bawah 7 tahun manakala kanak-kanak yang bersekolah (7 hingga 12 tahun) menunjukkan prevalens infeksi 24.53%. Teknik pewarnaan trikrom adalah yang paling sensitif dengan pengesanan 22.52% kes giardiasis diikuti teknik konsentrasi formalin-eter yang dapat mengesan 19.82% kes manakala teknik apusan langsung hanya berjaya mengesan 12.61% kes. Prevalens infeksi G. intestinalis dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Titom, Pahang masih lagi tinggi walaupun pelbagai usaha dan penambahbaikan dalam kemudahan prasarana asas telah dilakukan bagi komuniti Orang Asli tersebut. Tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli masih rendah dan perlu dipertingkatkan lagi.
Suatu kajian irisan lintang dengan pensampelan purposif telah dijalankan untuk menentukan kadar prevalens infeksi parasit iaitu Cryptosporidium parvum (C. parvum), Giardia intestinalis (G. intestinalis), Blastocystis hominis (B. hominis) dan Strongyloides stercoralis (S. stercoralis) di kalangan 171 orang pesakit renal kronik di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Subjek kajian terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu 138 orang penerima transplan renal (postransplan) dan 33 orang dari kumpulan pratransplan. Di dalam kajian ini, prevalens infeksi parasit turut dikaji dari aspek bangsa, jantina, kumpulan pesakit renal dan tempoh postransplantasi renal. Peringkat oosista C. parvum dan sista G. intestinalis dikesan melalui teknik pewarnaan imunofluoresen manakala kaedah kultur 'Sand Charcoal' pula diaplikasi bagi mengesan kehadiran helmin S. stercoralis di dalam feses pesakit. Hasil kajian menunjukkan kadar prevalens protozoa C. parvum, G. intestinalis dan B. hominis di kalangan pesakit postransplan adalah masing-masing 18.1%, 10.9% dan 22.5% manakala pesakit pratransplan tiada yang terinfeksi. Keputusan turut menunjukkan kedua-dua kumpulan pesakit adalah bebas daripada infeksi S. stercoralis. Di samping itu, kajian ini juga menunjukkan hubungan antara tempoh postransplantasi dan corak prevalens infeksi parasit tidak signifikan, walau bagaimanapun, berlakunya pernurunan kadar prevalens C. parvum dan G. intestinalis selepas 6 bulan transplantasi renal dijalankan.
Acanthamoeba spp. boleh menyebabkan keratitis kepada manusia, khasnya kepada pemakai kanta sentuh yang tidak menitikberatkan aspek higen kanta sentuh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan antibiotik titisan mata Gentamicin terhadap sista Acanthamoeba isolat klinikal iaitu HKL 5, HKL 11, HKL 32, dan HKL 51. Kajian dimulakan dengan melakukan suspensi sista terhadap keempat-empat isolat klinikal tersebut. Mikropencairan terhadap antimikrob dilakukan dan kemudiannya suspensi sista ditambah, seterusnya dieramkan selama 24 jam pada 30ºC sebelum dipindahkan ke atas plat agar bukan nutrien (NNA) yang dilapisi E. coli matian haba. Plat agar diperhatikan setiap hari sehingga hari yang ke-14 untuk mengesan sebarang kehadiran trofozoit di bawah mikroskop inverted. Kehadiran trofozoit Acanthamoeba menunjukkan bahawa antibiotik ujian tidak berkesan terhadap sista Acanthamoeba. Gentamicin berkesan terhadap sista Acanthamoeba, dengan nilai purata sistisidal minimum (MCC) 1453.1 µg/ml. Gentamicin merupakan antibiotik yang boleh digunakan dalam rawatan keratitis Acanthamoeba memandangkan kepada keberkesanannya terhadap sista Acanthamoeba isolat klinikal dalam kajian ini.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.