Artikel ini mengkaji dilema serta polemik dasar pengambilan pekerja asing seiring dengan faktor migrasi transnasional dan kebejatan kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PATI). Penyelidikan dijalankan menerusi perspektif proses penggubalan polisi (policy decision-making process) dalam Pengajian Kerajaan dan Pentadbiran Awam (Government and Public Administrative Studies). Kaedah penyelidikan kerja lapangan kualitatif dijalankan dengan menemubual pelbagai responden yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penggubalan serta pengurusan pekerja asing di Malaysia. Sampel responden dikategorikan kepada pegawai kerajaan iaitu mereka yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKPA-PATI), serta pegawai bukan kerajaan seperti wakil majikan dan pekerja, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik. Hasil kajian mendapati penglibatan pelbagai pihak dalam pengurusan pekerja asing dan kekaburan matlamat menjadi dua elemen yang mewujudkan pertikaian utama dalam perlaksanaan polisi ini. kajian juga mendapati wujud pelbagai pihak yang terlibat dalam pengurusan pekerja asing di pelbagai peringkat penggubalan dan pelaksanaan Dasar Pekerja Asing. Hal ini telah mengakibatkan berlaku percanggahan dalam proses perlaksanaan dasar tersebut sehingga proses dan titik akhir polisi yang berkaitan dengan pekerja asing tidak selari atau bercanggah dengan prioriti keselamatan negara dan kepentingan nasional Malaysia. Secara keseluruhannya, kelemahan serta ketirisan yang dikenal pasti adalah suatu risiko dan kos terhadap polisi awam, baik di peringkat penggubalan mahupun pelaksanaan, khususnya mendepani cabaran mutakhir peningkatan jumlah PATI. Ini suatu indikator penting bagi sesebuah polisi awam yang kurang berjaya tetapi boleh diperbaiki. Dapatan kajian ini sebenarnya adalah peluang untuk membantu penambahbaikan berterusan serta usaha sedia ada negara dan masyarakat secara menyeluruh.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.