KhulasahKajian ini meneliti aspek pembangunan spiritual dalam pelaksanaan program tarbiah di asrama Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pulau Pinang yang terdiri daripada SMKA al-Mashoor (L), SMKA al-Mashoor (P), SMKA al-Irsyad dan SMKA Nibong Tebal. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana elemen-elemen pembangunan spiritual diterapkan dalam pelaksanaan program tarbiah, menilai penglibatan guru asrama sebagai murabbī serta melihat keberkesanan program tarbiah dalam pembangunan spiritual pelajar. Kajian ini berbentuk penerokaan dwi-cara di mana data-data kualitatif dikumpul melalui kaedah pemerhatian dan temubual secara separa tertutup, sementara data kuantitatif diperolehi melalui soal selidik. Secara keseluruhan, dapatan kajian kualitatif menunjukkan bahawa elemen pembangunan spiritual iaitu mujāhadah al-nafs dan al-ihsān dalam penunaian ibadat fardu dan sunat Mohd Suhari & Mohd Farid, "Pembangunan Spiritual dalam Pelaksanaan Program Tarbih," Afkar Vol. 20 Issue 2 (2018): 127-158 128 hanya mampu dihayati oleh sebilangan kecil responden sahaja. Secara tidak langsung, dapatan ini menunjukkan penglibatan guru asrama sebagai murabbī dalam pembangunan spiritual pelajar berada di tahap yang sangat sederhana. Oleh itu, dapatan kajian kuantitatif telah mengesahkan bahawa penglibatan guru asrama sebagai murabbī dan manhaj pembangunan spiritual dalam program tarbiah berada di tahap min sederhana tinggi (min=3.78 dan 3.18). Begitu juga, analisis statistik inferensi berdasarkan ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0. 42, p>0.05) di antara tempoh masa responden tinggal di asrama dalam menjelaskan keberkesanan program tarbiah terhadap pembangunan spiritual pelajar di asrama. Justeru, kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan spiritual dalam pelaksanaan program tarbiah di asrama SMKA Pulau Pinang memerlukan organisasi murabbī yang mantap bagi merealisasikan objektif pembangunan spiritual dalam pembentukan sahsiah pelajar di SMKA. Kata kunci: Pembangunan spiritual; mujāhadah alnafs; al-ihsān; murabbī. AbstractThis study is to explore the aspects of spiritual development in the implementation of tarbiah programmes at selected National Religious Secondary Schools or SMKA in Penang that consist of SMKA al-Mashoor (L), SMKA al-Mashoor (P), SMKA al-Irsyad and SMKA Nibong Tebal. The main objective of this study is to identify how far the elements of spiritual development are applied in the implementation of the programme, evaluating the involvement of hostel teachers as murabbī and to comprehend the effectiveness of the tarbiah programme towards students' spiritual development. This study is an exploratory mix-method research with the qualitative data collected through observation and partially-closed interview methods, while the 2 Rohana Hamzah et.al., "Spiritual Education Development,"
- In today's contemporary era, the function of the mosque should not be limited as a worship institution. In fact, the role of the mosque should be beyond the boundaries, which is the mosque should be an effective center for the development of muslim community. In this regard, a lot of efforts to strengthen the mosque programmes should be implemented consistently in order to meet the goals of the development for muslim community contemporary. In this aspect, this study seeks to identify the main elements of the effectiveness for the mosque programmes to be in line with the framework of muslim community development in the contemporary era. The methodology of this study is a content analysis through qualitative method by reviewing of previous and current studies in the same and similar study to the title of this study. Based on the findings of document analysis, researchers can identify five main elements of the effectiveness for current mosque programmes that need to be strengthened namely professional management of mosque programmes, data profiling of mosque visitors, mosque networking with government and private agencies, empowerment of non-formal education programmes, application of technology in mosque current programmes. These five elements are expected to strengthen the current programmes with high competent today. Abstract - Di era kontemporari kini, fungsi institusi sesebuah masjid seharusnya tidak terhad sebagai tempat ibadat semata-mata, malah peranan masjid seharusnya melangkaui sempadan iaitu masjid seharusnya berperanan sebagai pusat pembangunan masyarakat Islam yang berdaya saing. Sehubungan itu, usaha-usaha pemerkasaan program pengimarahan masjid seharusnya dilaksanakan secara konsisten agar dapat memenuhi matlamat pembangunan masyarakat Islam kontemporari. Dalam aspek ini, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti elemen-elemen keberkesanan utama program pengimarahan masjid bagi membangunkan model konseptual kajian. Metodologi kajian ini berbentuk analisis kandungan secara kualitatif terhadap penulisan kajian-kajian terdahulu dan semasa dalam skop kajian yang hampir sama dengan tajuk kajian ini. Berdasarkan dapatan analisis dokumen yang telah dijalankan, penyelidik dapat mengenalpasti lima elemen utama keberkesanan program pengimarahan masjid masa kini yang perlu diperkasakan iaitu pengurusan profesional program pengimarahan masjid, profiling data ahli kariah masjid, jaringan masjid dengan agensi kerajaan dan swasta, pemerkasaan program pendidikan non-formal masjid dan aplikasi teknologi dalam program pengimarahan masjid. Kelima-lima elemen ini diharapkan dapat memperkasakan program pengimarahan masjid masa kini dengan kompetensi tinggi.
The aim of this research is to identify Al-Fatihah recitation level and Solat obligation among diploma, degree, and dual-degree students in engineering-based programme in one of technical based public university. Data collection was made by assigning individual task of university compulsory subject called Soft Skills. 712 Muslim students were involved in this research among 1165 registered students using purposive sampling technique. All task and evaluation process via e-learning portal. Qualitative approach namely content analysis followed by quantitative method namely descriptive analysis, one-way ANOVA, and Pearson correlation test were used to answer research question and hypothesis testing. As a result, there are significant different of Al-Fatihah recitation level and solat obligation among group. The correlation test show that there is significant correlation among the variable. The discussion assumes that cognitive and thinking level, personal and family background are the vital factors of analysis output. As a research contribution, the implication and further research was stated at the end of paper. Abstrak Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefasihan bacaan Al-Fatihah dan tahap kefahaman kewajipan solat dalam kalangan pelajar peringkat diploma, sarjana muda (degree), dan sarjana muda berkembar (dual-degree) yang mengikuti program pengajian berteraskan kejuruteraan salah sebuah universiti awam. Kutipan data dibuat menerusi tugasan individu dalam subjek wajib universiti iaitu kemahiran Insaniah. Seramai 712 pelajar Muslim dilibatkan dalam kajian ini dari 1165 jumlah pelajar mengambil subjek Kemahiran Insaniah dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Semua tugasan dan penilaian dibuat menerusi portal e-pembelajaran. Penilaian secara kualitatif iaitu analisis isi kandungan diikuti analisis kuantitatif iaitu deskriptif, ujian ANOVA satu hala, dan pengiraan korelasi Pearson bertujuan menjawab persoalan kajian dan menguji hipotesis. Hasil analisis mendapati terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan pelajar bagi tahap kefasihan bacaan Al-Fatihah dan pemahan kewajipan solat. Pengiraan korelasi menunjukkan terdapat perbezaan hubung-kait mengikut kumpulan. Perbincangan mengandaikan tahap kognitif, aras pemikiran, didikan individu, dan latar belakang keluarga sebagai faktor utama mempengaruhi tahap kefasihan bacaan Al-Fatihah dan kefahaman kewajipan solat. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan dinyatakan sebagai sumbangan kajian
The study on the usability Exercise Module of Tazkiyah Al-Nafs (MLTN) is a preliminary study to assess the application of spiritual development among students in Universiti Malaysia Pahang. The objective of the study is to identify the level of acceptance of this module among the participants, analyze the effectiveness of this module application and to assess the impact on the application of Exercise Module of Tazkiyah Al-Nafs in the aspect of improvisation. This exploratory study gathers the spiritual program exercise reflection and face to face interview with 15 participants who had to participate in the exercise program consistently. Inductive analysis has been conducted to answer the study aims such as what, why, and how as aligned with the qualitative nature. The overall findings indicate this module is accepted among the participants with two-element of effectiveness which is the consistency of the practice on Tazkiyah al-Nafs and the involvement of the teacher as guides in the spiritual exercise. This study recommends the consistency of the implementation of spiritual exercise programs to assess the impact on the module for further improvisation. In a nutshell, this module is desirable for the application on the spiritual development of students because the Islamic practice can uplift the value of quality spiritual among participants. Kajian kebolehgunaan Modul Latihan Tazkiyah al-Nafs (MLTN) merupakan satu kajian rintis untuk menilai sejauhmana modul ini dapat diaplikasi dalam program pembangunan spiritual pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan modul ini dalam kalangan peserta, menganalisis elemen keberkesanan aplikasi modul serta menilai impak pelaksanaan program latihan Tazkiyah al-Nafs dalam aspek penambahbaikan modul. Kajian ini berbentuk penerokaan (exploratory research) iaitu data-data kajian telah diperolehi melalui laporan refleksi program latihan spiritual serta kajia temubual secara bersemuka dengan 15 orang peserta yang mengikuti modul latihan ini secara konsisten. Data-data kualitatif yang diperolehi telah dianalisis secara induktif bagi menjawab soalan-soalan kajian apakah, bagaimanakah dan sejauhmanakah dalam konteks kajian kualitatif. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan modul ini dapat diterima dalam kalangan peserta dan dua elemen utama keberkesanan modul yang dikenal pasti adalah konsistensi amalan tazkiyah al-nafs dalam kalangan peserta serta penglibatan guru sebagai mursyid dalam latihan spiritual. Dalam aspek penambahbaikan modul, kajian ini menyarankan agar program latihan spiritual dapat dilaksanakan secara berterusan bagi menilai impak pelaksanaan modul latihan ini. Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa modul ini amat sesuai untuk diaplikasikan dalam program pembangunan spiritual pelajar masa kini kerana setiap amalan keislaman yang dipraktikan telah dapat mempertingkatkan nilai kualiti spiritual setiap diri peserta.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.