Ucapan merupakan salah satu peristiwa bahasa yang melibatkan penyampaian maklumat yang mampu mencerminkan hubungan sosial. Hubungan sosial ini boleh digambarkan menerusi penggunaan modaliti tertentu. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan modaliti oleh Perdana Menteri Malaysia Kelapan dalam teks ucapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjelaskan hubungan sosial yang dibina berdasarkan penggunaan modaliti tertentu. Sebanyak lapan teks ucapan telah dimuat turun menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri (https://www.pmo.gov.my/speech/). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah diterapkan bersama teori analisis wacana kritis yang dibangunkan oleh Fairclough (2013). Hasil penelitian mendapati bahawa sepuluh jenis modaliti telah digunakan, iaitu modaliti ‘boleh’, ‘dapat’, ‘nak’, ‘mesti’, ‘mungkin’, ‘perlu’, ‘ingin’, ‘hendak’, ‘pasti’ dan ‘mahu’. Modaliti yang digunakan oleh pewacana juga mempunyai dua tujuan, iaitu untuk memberikan perintah dan menyampaikan informasi. Berdasarkan perbandingan, modaliti informatif lebih banyak digunakan berbanding dengan modaliti perintah. Penggunaan modaliti informatif telah membuktikan bahawa pewacana cenderung membina hubungan sosial yang santai dengan pendengar apabila menyampaikan maklumat. Penggunaan modaliti perintah juga menunjukkan bahawa pewacana turut membentuk hubungan sosial yang tegas dengan pendengar apabila mengusulkan permintaannya. Secara jelas, kajian ini bukan sahaja menganalisis aspek bahasa semata-mata, tetapi turut menjelaskan cara bahasa disusun atur oleh kerajaan untuk menyampaikan maklumat ketika negara mengalami darurat kesihatan global.

Strategi wacana diperkirakan sebagai usaha yang strategik bagi mencapai kebolehsampaian dan kebolehfahaman dalam sesuatu proses komunikasi. Hal ini demikian kerana, setiap wacana yang dibina mengandungi intipati yang berbeza, melalui cara yang berbeza dan untuk khalayak sasaran yang berbeza. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan strategi wacana yang digunakan oleh pewacana untuk membentangkan teks ucapan Belanjawan 2019. Untuk itu, kerangka teoritikal analisis wacana kritis terokaan Fairclough (1995, 2007, 2013) telah digunakan. Analisis terhadap strategi wacana teks ucapan Belanjawan 2019 tertumpu kepada dua unsur binaan amalan wacana, iaitu unsur intertekstualiti dan unsur interdiskursiviti. Hasil kajian mendapati bahawa pembinaan intertekstualiti telah melibatkan tiga unsur intertekstualiti seperti representasi wacana, metawacana dan praandaian. Penggunaan ketiga-tiga unsur intertekstualiti ini telah menunjukkan bahawa wacana belanjawan yang dihasilkan bersifat telus, tidak kontroversi dan tidak mengelirukan masyarakat. Bagi unsur interdiskursiviti pula, pewacana telah menggembleng empat jenis wacana lain seperti ekspositori, eksplanatori, argumentatif dan ekspresif. Gemblengan keempat-empat unsur interdiskursiviti ini telah mempamerkan variasi penyampaian sesuatu informasi dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Kesimpulannya, pengenalpastian dan penghuraian terhadap strategi wacana teks ucapan Belanjawan 2019 telah menunjukkan bahawa pembentangan yang disampaikan bukan sahaja mewujudkan aktiviti sosioekonomi yang tersendiri tetapi juga menghasilkan binaan wacana yang lebih rencam. Oleh itu, pewacana perlu bertindak balas dengan citarasa khalayak yang menjadi gelanggang kepada kerajaan untuk terus mentadbir melalui strategi wacana belanjawannya.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.