Kualiti peperiksaan di dalam sesebuah institusi pendidikan sering diukur dengan pencapaian yang baik dari segi akademik, kualiti sistem peperiksaan serta ketelusannya. Kaedah peperiksaan di Open University Malaysia telah mengalami transformasi dari peperiksaan secara fizikal di Pusat-pusat Pembelajaran ke Peperiksaan Dalam Talian (PDT) atau Take Home Examination. PDT telah dilaksanakan selepas dunia dilanda wabak Covid-19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semester Januari 2020 sehingga sekarang. Oleh kerana PDT merupakan inisiatif baharu dalam menilai pelajar jarak jauh secara sambilan, satu kajian kes dibuat bagi melihat persepsi pemeriksa dalam talian (E-Grader) dan pelajar yang menduduki PDT sepenuhnya dari sudut cabaran ketelusan, pengurusan dan kelestarian PDT pada masa akan datang. Reka bentuk kajian kes ini adalah secara kualitatif dan data diperoleh melalui temu duga berstruktur menggunakan platform Zoom. Analisa dapatan dikelaskan mengikut tema. Dapatan menunjukkan persoalan berkaitan ketelusan diketengahkan dengan keperluan system Proctoring, fleksibel dalam menduduki peperiksaan serta masa memeriksa kertas oleh E-Grader. Dapatan juga menunjukkan terdapatnya jawapan pelajar yang lebih berkualiti berbanding dengan peperiksaan bersemuka kerana pelajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan boleh membuat sintesis jawapan peperiksaan kerana pelajar faham apa yang dipelajari.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.