2,4-dichlorophenoxyacetic acid (2,4-D) is a common herbicide that has been used widely. Due to its excessive usage, the 2,4-D herbicides can cause contamination over agricultural land and water bodies. In the present work, a simple impregnation method was used to modify the commercial titanium dioxide (P25 TiO 2 ) nanoparticles with the copper oxide. The prepared samples were characterized by X-ray Diffraction (XRD), reflectance UV-visible and fluorescence spectroscopies. It was observed that the incorporation of copper oxide did not significantly affect the crystal structure of P25 TiO 2 . On the other hand, the presence of copper oxide was confirmed by reflectance UV-visible and fluorescence spectroscopies. The activity of the prepared sample was evaluated for photocatalytic removal of the 2,4-D. The photocatalytic activity of the TiO 2 increased with the increase of copper oxide loading up to 0.5 mol%. Unfortunately, the higher loading amount of copper oxide resulted in the lower photocatalytic activity. This study suggested that the higher photocatalytic activities obtained on the low loading samples were due to the lower electron-hole recombination.Keywords: P25 TiO 2 , copper oxide, impregnation, photocatalyst, 2,4-D herbicide Abstrak Asid 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-D) adalah herbisid biasa yang telah digunakan secara meluas. Oleh kerana penggunaan yang berlebihan, herbisid 2,4-D boleh menyebabkan pencemaran di kawasan pertanian dan sistem air. Dalam kajian ini, satu kaedah pengisitepuan yang mudah telah digunakan untuk mengubahsuai nanozarah titanium dioksida komersial (P25 TiO 2 ) dengan kuprum oksida. Sampel yang disediakan telah dicirikan dengan XRD, spektroskopi pantulan serakan ultra lembayung-cahaya nampak, dan spektroskopi pendarfluor. Didapati pengubahsuaian P25 TiO 2 dengan kuprum oksida tidak memberi kesan yang signifikan kepada struktur kristal P25 TiO 2 . Sebaliknya, kehadiran kuprum oksida telah disahkan oleh spektroskopi pantulan serakan ultra lembayung-cahaya nampak. Aktiviti sampel telah diuji untuk penyingkiran 2,4-D. Aktiviti fotomangkin TiO 2 meningkat dengan peningkatan jumlah kuprum oksida kepada 0.5 mol%. Malangnya, jumlah kuprum oksida yang lebih tinggi menghasilkan aktiviti fotomangkin yang lebih rendah. Kajian ini mencadangkan bahawa aktiviti fotomangkin yang tinggi diperolehi pada sampel loading rendah adalah disebabkan oleh penggabungan elektron-lubang yang lebih rendah Kata kunci: P25 TiO 2 , kuprum oksida, pengisitepuan, fotomangkin, 2,4-D herbisid