Kepuasan kerja yang tinggi amat penting untuk mengelakkan terjadinya gejala burnout dalam kalangan guru di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja dan tahap burnout guru Pendidikan Jasmani di Daerah Langkawi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerja dan burnout guru PJ. Hasil kajian ini mungkin dapat memberi gambaran tentang fenomena burnout dalam kalangan pendidik terutamanya guru PJ. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan seramai 101 orang responden serta menggunakan borang soal selidik Job Descriptive Index (JDI) dan Maslach Burnout Inventory (MBI) sebagai instrumen kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 22.0. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi. Dimensi penyeliaan, rakan sekerja, gaji dan kerja itu sendiri mencatatkan tahap kepuasan tinggi kecuali dimensi kenaikan pangkat yang mencatatkan tahap sederhana. Tahap burnout guru juga berada pada tahap sederhana bagi sub skala keletihan emosi, rendah bagi subskala depersonalisasi dan tinggi bagi sub skala pencapaian peribadi. Hasil kajian ujian analisis korelasi turut mendapati terdapat hubungan negatif yang lemah dan signifikan antara kepuasan kerja dengan dua sub skala burnout iaitu keletihan emosi dan depersonalisasi. Gejala burnout boleh dielakkan jika guru mendapat kepuasan kerja yang sepatutnya dengan mengekalkan persekitaran kerja yang menyeronokkan dan tekanan kerja yang minimum. Pihak atasan sekolah perlu lebih peka dengan kebajikan guru yang mengajar supaya kualiti pendidikan lebih terjamin bagi membantu kemenjadian murid terutama dalam menempuhi pembelajaran abad ke-21.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.