Abstrak: Pandemik COVID-19 adalah satu fenomena baru yang tidak dijangka sehingga mengubah kesemua aspek kehidupan manusia ke norma baharu. Para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terdiri daripada kelompok B40 dijangka mengalami kesukaran kehidupan seiring dengan gelombang perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan berulang kali. Seramai 1200 penduduk PPR telah menyertai satu kajian tinjaun mengenai kesejahteraan sosial. Sebanyak sembilan soalan digunakan untuk meneroka tahap kesejahteraan sosial dan kesemua soalan tersebut adalah diadaptasikan daripada dua set soal-selidik terpiawai iaitu The Satisfaction with Life Scale (SWLS) oleh Diener et al (1985) dan Perceived Stress Scale oleh Cohen (1994). Ujian t berpasangan telah dilakukan untuk membuat perbandingan min bagi sembilan soalan tersebut untuk situasi sebelum dan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP). Umumnya, kesejahteraan sosial penduduk PPR telah merosot secara signifikan. Antara kemerosotan ketara yang dikenalpasti adalah keadaan kehidupan, kepuasan tentang kehidupan dan rancangan kehidupan. Namun, analisis frekuensi menunjukkan bilangan penduduk yang menganggap gaya hidup mereka menghampiri idaman masing-masing adalah sangat sedikit tidak kira waktu sebelum PKP mahupun selepas PKP. Walaupun kesejahteraan sosial penduduk PPR merosot secara signifikan selepas PKP, gaya hidup mereka sebenarnya tidak berubah secara drastik. Penemuan ini turut disokong dalam 4 sesi temubual kumpulan berfokus yang dijalankan bersama 24 pengerusi atau wakil persatuan penduduk. Tema “Biasa hidup susah” yang dihasilkan daripada temubual tersebut memberi satu gambaran bahawa sebarang usaha untuk membantu penduduk PPR perlu mengambil kira keunikan daya tahan mereka yang sudah biasa menjalani kehidupan yang susah.
Motivasi belajar mahasiswa bersifat dinamis atau dapat berubah setiap waktu. Penurunan motivasi belajar akan berdampak terhadap prestasi akademik dan meningkatkan risiko dropout pada mahasiswa. Mahasiswa telah menjadi pemakai internet terbesar dan e-learning memiliki peluang yang besar untuk meningkatkan motivasi belajar mahasiswa. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan pemanfaatan e-learning terhadap motivasi belajar mahasiswa Fakultas Kedokteran Universitas Muhammadiyah Semarang. Penelitian dilakukan pada bulan Oktober 2022 dengan menggunakan metode kuantitatif dengan rancangan analitik observasional dan pendekatan cross sectional. Sampel adalah mahasiswa tahum kedua dam ketiga Fakultas Kedokteran Universitas Miuhammadiyah Semarang. Sampel dipilih menggunakan total sampling dengan kriteria inklusi dan kriteria eksklusi. Analisis data dilakukan dengan Rank Spearman. Responden memiliki pemanfaatan e-learning baik (51,9%) dan motivasi belajar tinggi (90,7%) serta terdapat hubungan yang signifikan dan korelasi positif antara Pemanfaatan e-learning terhadap motivasi belajar dengan kekuatan korelasi kuat (uji Rank Spearman,p = 0,000 dan r = 0,730). Pemanfaatan E-learning berhubungan signifikan terhadap motivasi belajar mahasiswa Fakultas Kedokteran Universitas Muhammadiyah Semarang.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.