Jordan merupakan sebuah negara Timur Tengah yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan menjadi pilihan kepada para pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian dalam bidang berbagai. Namun begitu, antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah kemahiran dan pengetahuan dialek tempatan yang diperlukan dalam komunikasi harian termasuk penggunaannya di institusi pengajian dan dalam kuliah mereka. Walaupun mereka telah belajar bahasa Arab di sekolah namun ianya tidak sama dengan dialek. Kajian ini ingin melihat ciri-ciri perbezaan antara dialek dan bahasa ini yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif melalui frasa-frasa dari lima buah video dari YouTube. Kelima-lima video ini merupakan video yang dihasilkan oleh Qasid Institute yang merupakan sebuah institusi pengajian bahasa Arab yang menyampaikan isi kandungan video selaras dengan hasil tinjauan pengkaji sendiri selama berada di Jordan. Kajian mendapati ciri perbezaan yang terbesar antara keduanya merangkumi perbezaan kosa kata yang merupakan ciri terpenting dalam dialek. Selain itu ciri-ciri perbezaan yang lain adalah penggabungan dua perkataan menjadi satu perkataan sahaja, penukaran baris huruf, penukaran bunyi kepada bunyi yang tidak ada dalam sistem bahasa Arab standard, pemansuhan bunyi dan juga peralihan tempat baris bagi sesuatu huruf. Terdapat juga bunyi perkataan yang sama pada keduanya namun berbeza dari konteks makna. Pemahaman berkaitan sistem dialek ini sangat penting untuk persediaan mental dan motivasi pelajar dalam kehidupan harian bermasyarakat lebih-lebih lagi untuk pelajaran mereka di Jordan. Justeru, kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran terhadap kepentingan menyediakan kursus pendedahan berkaitan dialek oleh pihak berwajib.
This study aims to propose a new system in Arabic romanization to simplify the typing process by using the QWERTY keyboard. The proposed system will be named as “MUDA” as the main author’s surname and the name itself is nearly similar to the word “MUDA”H in Malay which mean easy or simple that represent the concept of the system. This is to facilitate the needs of the writers, and to decrease the gap of ambiguity for the systems created previously with the one that can increase the product of academic writing when dealing with Arabic romanization. The data of this study is analysed by finding the similarity within the previous transliteration systems and the phonetic system in English. Both systems then will be analysed by comparing them with the characters on the typing keyboard in terms of similarity. This study found that there are 23 keys will be used in 3 ways as follow; (i) single character typing excluding shift; (ii) shift + character (T, S, D, Z,”); and (iii) combining character (th, sh, gh, kh, dz). This explains that no more complicated system of typing process will occur. Hence the speed of completing task in typing Arabic romanization will become faster.
The contract is very important in muamalat. Takaful aqad based its tabarru’ although still exists lack among them, its much similar to regular insurance in terms of sales protection policy, fund management and and in the process of underwriting and risk classification which makes it more complicated to be understood by the community. According to layout arrangement and sentence paragraph in the takaful aqad vehicle form likely source of confusion understanding in process of aqad and operating takaful aqad vehicle, form almost similar to conventional insurance concept. This can cause an anxiety and requires an examination in order to include the concept of aqad. Comparison of Jordanian countries yields a vehicle takaful contract form as an assessment of contract studies. Abstrak Akad adalah sesuatu yang sangat penting dalam muamalat. Telah dikenal pasti akad takaful yang berteraskan tabarru’ masih wujud kekurangan yang hampir menyerupai insurans konvensional daripada segi penjualan polisi perlindungan, pengurusan dana dan dalam proses pengunderaitan serta pengkelasan risiko yang menjadikannya lebih rumit untuk difahami oleh masyarakat. Berdasarkan susun atur dan perletakan ayat serta terlalu panjang padat dan penuh dalam borang akad takaful kenderaan berkemungkinan menjadikan penyebab sumber kecelaruan pemahaman dalam membuat akad dan pengandalian borang akad takaful kenderaan yang hampir menyerupai konsep insurans konvensional. Hal ini boleh menimbulkan kebimbangan dan kajian perlu dijalankan terhadap perletakan konsep akad di dalam helaian borang daripada pelbagai segi. Perbandingan negara Jordan menghasilkan borang akad takaful kenderaan telah digunakan dalam kajian sebagai pengukur.
Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang penting dalam ibadah. Ayat-ayat al-Quran, bacaan dalam solat dan juga doa-doa dibaca dalam Bahasa Arab. Imam merupakan individu yang akan mengetuai solat seterusnya melakukan pembacaan-pembacaan tersebut yang boleh didengari oleh para makmum. Kajian ini ingin melihat tahap kemahiran para imam menukarkan kata ganti nama ketika membaca doa qunut dan doa pengampunan ibu bapa. Dalam teks bacaan kedua dua doa ini mengandungi kata ganti nama yang perlu diubah dari kata ganti nama tunggal yang digunakan ketika solat bersendirian kepada kata ganti nama jamak ketika solat berjemaah. 20 responden yang merupakan para pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi yang pernah menjadi imam telah diminta untuk membuat rakaman suara bacaan bagi kedua-dua doa tersebut semasa menjadi imam dan telah dihantar kepada pengkaji sejurus setelah mereka diberikan penerangan tentang kutipan data. Analisa kekerapan kesilapan bagi doa qunut melibatkan 7 perkataan dan analisa kekerapan kesilapan bagi doa pengampunan ibu bapa melibatkan 6 perkataan. Kajian ini mendapati bahawa kadar kesilapan yang dilakukan oleh para imam bagi dalam membaca kedua-dua doa qunut dan doa pengampunan ibu bapa adalah pada kadar yang sangat rendah iaitu 9.23%. Walau bagaimanapun, kadar kesilapan bacaan doa qunut adalah jauh lebih tinggi berbanding doa pengampunan ibu bapa. Bagi perkataan yang paling kerap dilakukan kesilapan bacaan pula adalah pada perkataan أتوب iaitu sebanyak 7 kali diikuti dengan perkataan استغفرك sebanyak 6 kali. Ini memberi gambaran bahawa wujudnya kekeliruan penukaran ا yang sepatutnya ditukar kepada ن di bahagian prefiks di mana kedua-duanya adalah versi kata kerja kini.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.