PushPamalar Govindaraju, mohd rizal abd rahman & shahrul mizan ismail ABSTRAK Keganasan atau terrorisme merupakan satu masalah antarabangsa dan tidak semestinya bersifat tempatan. Perkara ini dapat disaksikan melalui serangan-serangan pengganas yang sering berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan pelbagai metod atau strategi baru berikutan kemajuan pesat bidang sains dan teknologi. Bagaimanakah dunia mampu menghadapi dan menangani serangan pengganas yang makin canggih dan mencabar ini? Salah satu caranya adalah dengan meneliti asal usul keganasan dan perkembangannya sehingga kontemporari. Kajian ini terlebih dahulu mencadangkan lima ciri-ciri penting dalam mentafsirkan keganasan. Corak keganasan pula dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan intimidasi dan intimidasi ke atas kerajaan. Kelima-lima ciri keganasan digunakan untuk menganalisis modus operandi keganasan bagi mengenal pasti perubahan corak keganasan mengikut zaman. Perbandingan antara ciri-ciri keganasan yang bercorak intimidasi ke atas kerajaan semasa Keganasan Lama dan Keganasan Baru dibuat bagi mengenalpasti perbezaan yang wujud dari segi intipatinya. Kajian ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian mendapati corak keganasan berubah mengikut zaman tetapi bersifat berulang. Manakala, kelima-lima ciri keganasan adalah sama sepanjang masa tetapi intipatinya berbeza mengikut kemajuan sains dan teknologi sehingga kemunculan Keganasan Baru. Dapatan ini adalah penting bagi membolehkan sesebuah negara dan juga pertubuhan antarabangsa untuk mengemaskinikan dasar-dasar dan langkahlangkah yang sedia ada mengikut kesesuaian corak keganasan masa kini. Kajian lanjut diperlukan dalam bidang ini bagi mengenal pasti dasar-dasar dan langkah-langkah pembanterasan keganasan yang sesuai dan lebih efektif di peringkat domestik dan juga antarabangsa yang sejajar dengan era globalisasi.
Resolusi 2178 (2014) dan Pelan Tindakan Mencegah Ekstremisme Ganas (Pelan Tindakan) pada peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyeru negara-negara anggota untuk membentuk satu pelan tindakan negara yang merangkumi langkah-langkah berkesan dalam mencegah ekstremisme ganas. Dari perspektif undang-undang, setiap negara dikehendaki untuk memastikan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia tidak terjejas oleh lanjutan daripada penguatkuasaan undang-undang berkaitan. Semakan kehakiman dilihat sebagai salah satu perkara asas kepada pentadbiran yang baik dalam menjamin kedaulatan undang-undang. Secara lazimnya, undang-undang tahanan pencegahan menjadi pilihan utama badan eksekutif untuk menahan seseorang yang dipercayai ada hubung kait atau terlibat dalam perbuatan yang menjejaskan keselamatan negara. Undang-undang tersebut juga digunakan untuk mencegah ekstremis ganas yang berpotensi mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. Lantaran itu, artikel ini bertujuan menganalisis sejauh manakah undang-undang tahanan pencegahan Malaysia sesuai dalam menangani ekstremisme ganas dan semakan kehakiman diberikan ruang dalam kes-kes berkaitan. Untuk tujuan tersebut, kaedah kualitatif digunakan dan kajian perpustakaan secara doktrin dilakukan untuk mengumpul data serta maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa hak orang tahanan dan peranan mahkamah untuk membuat semakan kehakiman dalam kes-kes ekstremisme ganas adalah terhad di bawah undang-undang pencegahan tahanan Malaysia. Justeru, penulis mencadangkan supaya orang tahanan dan badan kehakiman diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membuat semakan kehakiman bagi kes-kes ekstremisme ganas. Di samping itu, perlu ada kajian lanjut bagi membandingkan pendekatan semakan kehakiman di negara-negara lain dalam kes-kes ekstremisme ganas untuk dijadikan panduan agar peruntukan dalam undang-undang tahanan pencegahan Malaysia dapat dipinda atau diperbaiki demi menegakkan kedaulatan undang-undang. ABSTRACT Resolution 2178 (2014) and the Plan of Action to Prevent Violent Extremism (Plan of Action) of the United Nations called on its member states to develop a national plan of action that includes effective measures in preventing violent extremism. From a legal perspective, each state is required to ensure respect for the rule of law and human rights while enforcing the relevant laws. Judicial review is seen as one of the essential foundations for good governance in ensuring the rule of law. Basically, preventive detention laws are the primary choice of the executive body for detaining any person that is believed to act, or is likely to act in any manner which is prejudicial to national security. The law may also be used to deter violent extremists from becoming potential threats to public order and national security. Therefore, this article aims to analyze the extent to which Malaysian preventive detention laws are appropriate in addressing violent extremism and whether judicial review is given space in related cases. For that purpose, qualitative methods were used, and doctrinal library studies were conducted to collect data and information. The results show that the rights of detainees and the role of the courts to conduct judicial review in violent extremism cases are limited under the relevant laws. It is therefore, suggested that detainees and the judiciary be given more latitude on judicial reviews in violent extremism cases. In addition, there should be further studies to compare judicial review approaches on violent extremism cases in other countries. This will help to amend or improve the related provisions on preventive detention law in Malaysia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu senantiasa menyeru supaya negara-negara anggotanya membangunkan pelan tindakan negara masing-masing untuk mencegah ekstremisme ganas. Pelan Tindakan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk Mencegah dan Mengatasi Peningkatan Radikalisasi dan Extremism yang Kekerasan (2018-2025) juga menyarankan negara-negara ASEAN untuk memperkenalkan rang undang-undang yang sesuai bagi mencegah radikalisasi dan ektremisme ganas. Bagi Malaysia, dalam usahanya untuk memenuhi saranan-saranan ini, adalah penting untuk menentukan terlebih dahulu apakah yang dirujuk sebagai ekstremisme ganas. Sebagaimana istilah keganasan, sehingga kini tidak terdapat definisi ekstremisme ganas yang diterima umum mahu pun di peringkat antarabangsa atau domestik. Lakuna ini membawa kepada dua keadaan. Pertama, istilah-istilah lain yang berkaitan seperti radikalisasi, ekstremisme dan keganasan digunakan secara bergantian bagi esktremisme ganas. Kedua, sama ada ektremisme ganas merujuk kepada ideologi, tingkah laku atau perbuatan seseorang dan juga kumpulan. Dalam usaha untuk mencari jawapan bagi kedua-dua isu ini, artikel ini mengguna pakai metod kualitatif. Metodologi penyelidikan perpustakaan secara doktrinal digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan maklumat bagi penulisan artikel ini. Akhir sekali, artikel ini merumuskan bahawa satu definisi yang diterima umum bagi istilah esktremisme ganas adalah perlu agar setiap negara termasuk Malaysia dapat membangunkan dasar-dasar dan langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan selaras dengan perkembangan semasa. Kajian selanjutnya mengenai jenis-jenis ekstremis ganas di Malaysia adalah diperlukan bagi memastikan definisi ekstremisme ganas yang digubal pada masa kelak sesuai dari segi polisi dan perundangan Malaysia.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.