Besi merupakan unsur yang penting bagi proses metabolisme organisma seperti kitar asid trikarboksilik, pengangkutan elektron dan fosforilasi oksidatif. Walau bagaimanapun, sumber besi di persekitaran luar sentiasa berada dalam bentuk kompleks yang tidak tersedia untuk pengambilan terus. Bagi mengatasi pengehadan besi, mikroorganisma berupaya untuk menghasilkan siderofor, sejenis pengkelat Fe(III) yang berafinan tinggi. Salah satu genus bakteria yang dapat menghasilkan siderofor adalah Bacillus. Dalam kajian ini, penghasilan dan keupayaan pengkompleksan siderofor Bacillus cereus, Bacillus megaterium dan Bacillus aryabhattai ditentukan melalui asai piring agar dan cecair krom azurol S (CAS). Kesan sumber karbon (glukosa, maltosa dan gliserol) ke atas penghasilan siderofor oleh Bacillus turut dikaji. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa B. cereus yang dikulturkan dalam kaldu LB berupaya untuk menghasilkan siderofor yang tertinggi berbanding B. aryabhattai dan B. megaterium. Siderofor yang dihasilkan oleh ketiga-tiga spesies berupaya untuk berkompleks dengan Mn(II), Zn(II) dan Cu(II). Hasil kajian turut menunjukkan pengkulturan dengan maltosa telah memberikan penghasilan siderofor yang paling tinggi bagi B. aryabhattai dan B. megaterium.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.