In this report, we demonstrate that continuous improvement in XPS instruments and the calibration standards as well as analysis with standard component-fitting procedures can be used to determine the binding energies of compounds containing phosphorus and sulfur of different oxidation states with higher confidence. Based on such improved XPS analyses, the binding energies (BEs) of S2p signals for sulfur of increasing oxidation state are determined to be 166-167.5 eV for S=O in dimethyl sulfoxide, 168.1 eV for S=O 2 in polysulfone, 168.4 eV for SO 3 in polystyrene sulfonate and 168.8 eV for SO 4 in chondroitin sulfate. The BEs of P2p signals show the following values: 132.9 eV for PO 3 in triisopropyl phosphite, 133.3 eV for PO 4 in glycerol phosphate, 133.5 eV for PO 4 in sodium tripolyphosphate and 134.0 eV for PO 4 in sodium hexametaphosphate. These results showed that there are only small increases in the binding energy when additional oxygen atoms are added to the S-O chemical group. A similar result is obtained when the fourth oxygen or poly-phosphate environment is added to the phosphorus compound. These BE values are useful to researchers involved in identifying oxidation states of phosphorus and sulfur atoms commonly observed on modified surfaces and interfaces found in applications such as biomaterials, super-capacitors and catalysis. ABSTRAK Kajian ini menunjukkan bahawa penambahbaikan yang berterusan dalam spektroskopi foto-elektron x-ray (XPS), piawaian penentukuran dan prosedur pencocokan lengkung puncak, boleh menentukan tenaga pengikat untuk sebatian fosforus dan sulfur yang terdiri daripada pengoksidaan yang berbeza dengan lebih jitu. Berdasarkan analisis XPS ini, tenaga pengikat (BE) untuk puncak S2p daripada sebatian sulfur yang mempunyai pengoksidaan yang meningkat ialah: 166-167.5 eV untuk S=O dalam dimetil sulfoxida, 168.1 eV untuk S=O 2 dalam poli-sulfon, 168.4 eV untuk SO 3 dalam polistirena sulfonat dan 168.8 eV untuk SO 4 dalam kondroitin sulfat. BE untuk puncak P2p daripada sebatian fosforus menunjukkan bacaan berikut: 132.9 eV untuk PO 3 dalam tri-isopropil fosfit, 133.3 eV untuk PO 4 dalam fosfat gliserol, 133.5 eV untuk PO 4 dalam natrium tripolifosfat dan 134.0 eV untuk PO 4 dalam natrium hexametafosfat. Keputusan ini menunjukkan bahawa hanya ada peningkatan yang kecil dalam tenaga pengikat (eV) apabila atom oksigen ditambah kepada sebatian yang diikat oleh S-O. Keputusan yang sama diperoleh apabila persekitaran oksigen atau poli-fosfat keempat ditambah kepada sebatian fosforus. Nilai BE untuk sebatian sulfur dan fosforus ini adalah berguna untuk para penyelidik yang cuba mengenal pasti sebatian yang lazim terdapat di atas permukaan dan antara-muka untuk aplikasi seperti bio-bahan, super-kapasitor dan mangkin.